suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sanggup bangun awal pakai mekap, Kim So Hyun warisi petua ibu jaga penampilan depan suami

Kim So Hyun tidak pernah tunjuk muka aslinya dihadapan suami.

PELAKON Kim So Hyun mendedahkan dia tidak pernah menunjukkan wajah asli tanpa sebarang solekan kepada suaminya, Son Jun Ho, sepanjang 15 tahun usia perkahwinan mereka.

Pengakuan mengejutkan itu dibuat ketika pasangan selebriti berkenaan muncul dalam program AM Plaza terbitan saluran KBS 1TV baru-baru ini.

Dalam episod tersebut, Jun Ho juga mengakui dia sememangnya tidak pernah melihat wajah isterinya tanpa mekap.

Pasangan ini sudah berkahwin selama 15 tahun. 

Malah, dia juga beranggapan So Hyun sentiasa kelihatan cantik sehingga sukar untuk membezakan penampilan harian wanita itu.

Menjelaskan mengenai perkara tersebut, So Hyun memberitahu dia sanggup bangun lebih awal daripada suaminya setiap pagi semata-mata untuk mengenakan solekan sebelum lelaki itu terjaga.

Tabiat tersebut diwarisi daripada ibunya yang sentiasa memastikan penampilan diri dalam keadaan bersolek walaupun hanya berada di dalam rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun suami meninggal, Jennifer Coppen kembali bertemu jodoh... Pemain bola kebangsaan jadi pilihan 

ARTIKEL BERKAITAN: Son Seung Won dihukum penjara lagi, ‘kantoi’ memandu bawah pengaruh alkohol buat kali kelima

“Perkara itu terasa sangat semula jadi bagi saya,” katanya.

Dalam masa sama, Jun Ho turut mendedahkan dia juga tidak pernah melihat wajah ibu mentuanya tanpa solekan dan memahami mengapa So Hyun memilih untuk mengamalkan rutin yang sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

 

Artikel Lain