suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ben Amir dakwa konsert hiburan ada agenda tersembunyi, selit ritual menyesatkan... “Siapa kawal pemuzik-pemuzik ini?”

Ben kongsi pendapat mengenai kontroversi membabitkan konsert The Weeknd.

TAMPIL mengulas mengenai kontroversi membabitkan konsert The Weeknd, pelakon Ben Amir mendakwa kebanyakan acara hiburan masa kini bukan sekadar menampilkan persembahan muzik, sebaliknya turut diselitkan elemen ritual pemujaan, simbolisme dan okultisme.

Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 36, berkata penganjuran konsert seperti itu didakwa mempunyai agenda tertentu untuk mempengaruhi pemikiran penonton.

"Sekarang ini orang patut tahu bahawa kebanyakan konsert memang ada ‘ritual’ (pemujaan) syaitan, simbolisme dan okultisme.

Ben cadang beberapa bahan tontonan untuk menambah ilmu.

"Upacara pembukaan Olimpik dan Piala Dunia pun sama. Sesatkan mereka, itu rancangannya," katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Dalam hantaran sama, Ben turut mempersoalkan tindakan segelintir wanita yang menyokong penganjuran konsert berkenaan selain ingin mengetahui individu di sebalik penganjuran muzik seperti itu.

"Kenapa ramai perempuan yang sokong konsert ini? Awak tahu ke bagaimana dunia ini berfungsi?

ARTIKEL BERKAITAN: Kebun Ben Amir musnah dijilat api, rumah hampir terbakar... Syukur tiada kemalangan jiwa

ARTIKEL BERKAITAN: Ben Amir kini sah bergelar suami

"Siapa yang mengawal pemuzik-pemuzik ini? Kenapa pilih pakai topeng dan baju merah?" soalnya.

Dalam pada itu, Ben turut menyarankan orang ramai menonton beberapa bahan tontonan bagi membuka minda dan memahami isu yang dibangkitkannya.

"Saya cadangkan awak tengok siri The Arrivals di YouTube. Tengok filem terakhir Stanley Kubrick, Eyes Wide Shut. Didiklah diri sendiri," kongsinya.

Sebelum ini, konsert penyanyi antarabangsa, The Weeknd yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada awal November lalu mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.

Antara foto yang tular semasa konsert berkenaan berlangsung di Malaysia.

Persembahan itu menjadi perhatian selepas menampilkan sebuah patung robot wanita gergasi di tengah pentas selain penari yang mengenakan jubah merah bertudung hud.

Penampilan elemen visual berkenaan mengundang pelbagai reaksi apabila segelintir netizen mendakwa ia mempunyai unsur pemujaan dan ritual, malah ada yang menyifatkan patung tersebut seakan-akan berhala.

Bagaimanapun, terdapat juga pengguna media sosial yang berpendapat elemen berkenaan sekadar sebahagian daripada konsep artistik persembahan penyanyi itu.

Artikel Lain