PERSEMBAHAN tiga kumpulan rock tanah air sempena sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe menerusi acara 35 Years, One Legendary Night pada malam Isnin berlangsung penuh bertenaga dan meriah.Acara yang bermula pada pukul 9 malam itu membuka tirai dengan kemunculan kumpulan Muzza & The Velvettones yang menghiburkan penonton menerusi tujuh lagu popular mereka termasuk The Mystical Egypt, Pinks Have Flown, Bangkitkan Derumannu, Kau Di Hatiku, Bara Jiwa dan Kitakan Bersama. Kumpulan itu turut menyampaikan beberapa lagu popular artis antarabangsa dan tempatan seperti Knight Of Cydonia nyanyian Muse, Whipping Post (The Allman Brothers), Tom Sawyer (Rush) serta Taman Rashidah Utama (Wings).Muzza & The Velvettones beraksi dengan penuh bertenaga.Kemunculan kumpulan Kristal selepas itu turut menyemarakkan suasana apabila membawakan deretan lagu popular mereka antaranya Memburu Impian, Bersalin Kulit, Selagi Ada Rindu, Keindahan Pantai, Kemelia, Peronda Jaket Biru, Is The Love, Resam Pak Belalang dan Delaila.Malah, vokalis utamanya, Ewal sempat berseloroh dengan peminat apabila meminta mereka tidak mengundinya menerusi segmen Hot Seat Gegar Vaganza Fantasia (GVF) kerana tidak mahu bergerak secara solo.Acara kemuncak menyaksikan kumpulan legenda Wings mengambil alih pentas dengan persembahan bertenaga menerusi 15 buah lagu sekali gus menambahkan kemeriahan malam sambutan berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Awie & tiga band sambut ulang tahun kafe, baju edisi khas Wings bakal dilancarkanARTIKEL BERKAITAN: Wings lancar dua album baharu, Awie kongsi momen rakam lagu dengan M Nasir... “Dia ada sentuhan luar biasa”Seperti biasa, vokalis utama Wings, Datuk Awie tidak menghampakan peminat apabila memberikan persembahan penuh bertenaga menerusi lagu-lagu popular kumpulan itu termasuk Anugerah, Inspirasi Taming Sari, Sekeping Kertas Bermaruah, Kembalilah, Ingatkan Dia dan Bernafas Dalam Lumpur.Turut dipersembahkan ialah Dubuk Liar, Jumpa Hilang, Awang Trasher, Lipas Kudung, Harapan, Hutan Simpan, Kuda Tiga Kaki, Sejati dan Biarkan Berlalu.Kata Awie, Hard Rock Cafe turut memainkan peranan dalam menyumbang kepada perjalanan kerjaya kumpulan Wings sepanjang berada dalam industri muzik tanah air.Peminat sanggup menunggu hingga ke akhir acara untuk melihat persembahan Awie dan Wings.Sementara itu, Pengurus Besar Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, Ranjit Singh berkata, perjalanan muzik Awie turut mencerminkan perkembangan Hard Rock Cafe Kuala Lumpur sepanjang 35 tahun.Acara berkenaan turut diserikan dengan sesi memotong kek bagi meraikan ulang tahun tersebut."35 tahun mewakili lebih daripada sekadar masa kerana ia adalah legasi muzik, kenangan dan generasi yang telah membesar bersama kami. "Kami amat berbangga meraikan sejauh mana perjalanan ini telah membawa kami dan perjalanan yang masih akan diteruskan," kongsinya.