TINDAKAN pelakon veteran Hong Kong, Chow Yun Fat berjoging di atas jalan raya mengundang rasa kurang senang netizen yang bimbang terhadap keselamatannya.Memetik laporan 8days, Chow Yun Fat, 71, dilihat melakukan aktiviti joging seorang diri di sekitar kawasan Central and Western District Promenade, Hong Kong. Menerusi foto yang tular, dia dilihat mengenakan pakaian senaman serba hitam sambil berjoging di laluan antara kereta.Antara foto yang tular melibatkan Chow Yun Fat.Tindakan tersebut mendapat perhatian ramai yang menganggap kawasan tersebut tidak sesuai untuk aktiviti joging kerana boleh membahayakan keselamatan, terutama jika terdapat kenderaan yang melalui jalan berkenaan.Namun ada juga peminat yang tampil mempertahankan pelakon berkenaan dengan menjelaskan negara berkenaan tidak menyediakan banyak pilihan untuk aktiviti joging."Berjoging di tengah-tengah jalan raya? Bukankah itu tindakan yang tidak baik?"ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon veteran tak puas hati catatan masa marathon 21km, ada kemungkinan isteri potong gajiARTIKEL BERKAITAN: Chow Yun-Fat Agih 99 Peratus Kekayaannya Untuk Amal"Tempat ini tidak sesuai untuk berjoging," komen netizen.Chow Yun Fat sememangnya dikenali sebagai selebriti yang gemar melakukan aktiviti kecergasan termasuk berjoging dan mendaki.Malah, pelakon itu sering dilihat melakukan aktiviti luar sebagai rutin untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan walaupun sudah memasuki usia 70-an.