PELAKON Ahn Sun Young mendedahkan pernah menjadi mangsa penderaan emosi oleh ibu kandung sendiri sehingga menyebabkan dia mengalami trauma ketika zaman kanak-kanak.Ahn berkata, ibunya sering mengeluarkan kata-kata kesat termasuk menyuruhnya mati sehingga membuatkan dia berasa diri tidak berguna dan menjadi beban dalam keluarga. “Ibu pernah cakap saya sama seperti ayah dan menyuruh saya pergi mati. Saya pernah terfikir adakah saya benar-benar tidak berguna dalam hidup ini? Adakah kelahiran saya telah merosakkan kehidupan ibu?” katanya.Suh Young dipaksa bunuh diri oleh ibunya. Ahn berkongsi perkara itu menerusi sebuah video berjudul The Secret Happy People Around Me Don’t Tell… Realizing This Changed My Life yang diterbitkan pada 5 November lalu.Mengimbas kembali pengalaman pahit tersebut, Ahn memberitahu dia membesar dalam keadaan terlalu sunyi sehingga sering menangis seorang diri di hadapan cermin kerana tidak mempunyai rakan untuk berkongsi masalah.ARTIKEL BERKAITAN: Russell Brand berdepan hukuman penjara kesalahan jenayah seksual, keputusan rasmi esokARTIKEL BERKAITAN: Bentuk punggung makin menonjol dalam foto berbikini, netizen dakwa Jennie jalani BBL“Saya terlalu sunyi sehingga terpaksa melihat diri sendiri di dalam cermin dan memanggil nama saya, Sun Young. Saya tiada kawan, jadi saya menangis seorang diri di hadapan cermin,” ujarnya.Menurut Ahn, ibunya ketika itu berdepan tekanan hidup sehingga sering melepaskan kemarahan terhadap dirinya, namun dia bertekad untuk tidak mengulangi perkara sama terhadap anak-anak sendiri.“Saya sedang berusaha bersungguh-sungguh supaya tidak menjadi ibu seperti itu. Apabila mengenangkan kembali waktu itu, saya masih berasa sedih,” luahnya.