SIKAP prihatin dan tolong menolong dalam kalangan adik-beradik merupakan kebaikan yang tidak ternilai.Namun ada kalanya, adik-beradik boleh menjadi musuh dalam selimut dan paling kerap menggores hati malah tidak tahu menghargai pengorbanan yang dilakukan. Situasi itu boleh juga dialami seorang wanita ini yang terkilan dengan sikap adik-beradik terhadapnya yang sering mempertikaikan cara dia menguruskan kehidupan sendiri.Di sebalik itu katanya, dia sudah banyak berkorban termasuk melakukan pelbagai pekerjaan demi membantu adik-beradik yang sering dalam kesempitan hidup.Kasih sayang antara adik-beradik boleh terjejas jika tidak dijaga dengan baik. -Gambar hiasan AI"Berdosa ke kalau aku tak tolong sangat adik-beradik yang tengah susah? Aku pun bukan senang sangat."Kadang-kadang aku rasa serba salah nak post gambar makan sedap sebab adik-beradik aku tak dapat nak makan bendan itu selalu."Untuk pengetahuan, sebelum ini aku buat dua, tiga kerja. Siang kerja pejabat, malam sambilan dan kalau lapang aku jalan lalamove," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Adik-beradik ajak berbuka, suami pasrah kena tanggung bil cecah RM800... Isteri bersyukur, dapat juga merasa makan luarARTIKEL BERKAITAN: Masa kecil buka aib, apabila besar jadi musuh... Wanita ini kongsi cara ‘matikan’ sifat dengki sesama adik-beradik!Namun di sebalik itu, dia tetap dicop sebagai 'kaya' oleh adik-beradiknya hanya berdasarkan gambar yang dimuat naik di media sosial.Paling mengecewakan, adik-beradiknya menunjukkan sikap dingin ketika dia memaklumkan dijemput Allah mengerjakan umrah di Tanah Suci."Bulan Julai lalu aku baru balik dari China, dan insya-Allah awal November aku dijemput pergi umrah.Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan sikap adik-beradiknya yang didakwa kurang menghargai pengorbanannya.Bukan berasal daripada keluarga senang, dia sanggup melakukan dua hingga tiga pekerjaan demi membantu adik-beradik yang mengalami kesempitan wang.Selain bekerja di pejabat pada waktu siang, dia turut melakukan kerja sambilan pada waktu malam dan menjadi penghantar Lalamove apabila berkelapangan.Dia sering berasa serba salah untuk berkongsi gambar percutian ataupun ketika menikmati hidangan mewah kerana memikirkan status kewangan adik-beradiknya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Tadi sibling aku tahu dan terkejut, ayat pertama yang keluar dari mulut dia "banyak ek duit kau"."Faham tak? Jadi stres campur sedih macam aku pentingkan diri sendiri," ujarnya.Tersepit dengan situasi berlaku, dirinya seolah-olah buntu dalam membuat keputusan sama ada mahu membantu keluarga ataupun fokus pada diri sendiri sahaja.Biarpun pernah bergadai emas, perkara itu menurutnya langsung tidak dihargai malah dipandang enteng oleh adik-beradiknya yang cukup mementingkan diri sendiri.