RIBUT petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga pukul 5 petang Ahad.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada pukul 1.35 petang Ahad, memaklumkan cuaca buruk itu membabitkan seluruh Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Turut terlibat ialah seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya serta beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.Di Perak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kinta, Kampar, Hilir Perak, Bagan Datuk, Batang Padang dan Muallim, manakala di Terengganu membabitkan Kemaman dan Dungun.Bagi Pahang, amaran meliputi Jerantut, Rompin, Bera, Bentong, Raub, Cameron Highlands, Pekan, Kuantan dan Lipis.Di Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Limbang, Pantu di Sri Aman, daerah Sibu serta Dalat dan Matu di Mukah.Amaran turut meliputi Asajaya dan Samarahan di bahagian Samarahan serta Marudi dan Bario di Miri.Sementara itu, di Sabah, seluruh bahagian Sandakan dan Pantai Barat dijangka mengalami cuaca buruk.Kawasan lain yang terlibat ialah Lahad Datu, Kalabakan dan Tawau di bahagian Tawau; Membakut, Pensiangan, Sook, Keningau dan Tambunan di Pedalaman; serta Kota Marudu dan Pitas di Kudat.Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.