PENYANYI Syamel tampil merungkai spekulasi yang mengaitkan namanya sebagai antara calon pilihan untuk mengisi empat kerusi panas dalam Gegar Vaganza (GV) Fantasia yang bakal bersiaran bermula malam ini. Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 33, mengesahkan dia tidak bertanding sebagai peserta pada edisi kali ini berikutan jadual kerjanya yang bertembung dengan komitmen sedia ada. “Syamel membesar dengan AF dan saya lahir daripada pentas itu. Bila dapat tahu ada program GV Fantasia, perasaan saya sangat teruja dan segala memori nostalgia lama seolah-olah kembali berputar.“Saya ada juga dengar ramai yang sebut dan petik nama saya bakal masuk. Tetapi bagi pihak saya, saya tidak boleh membuat keputusan sendiri dan menyerahkan segalanya kepada pengurusan.Syamel berkongsi perkara itu ketika ditemui media. “Kebanyakan tarikh yang diperlukan untuk memberi komitmen dalam program tersebut bertembung dengan tarikh kerja saya yang lain. Jadi apa yang terbaik buat masa ini, saya mendoakan semoga semua peserta dipermudahkan urusan dan berjaya menghiburkan peminat,” katanya kepada mStar ketika ditemui pada majlis pelancaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-38 di Ombak KLCC pada Sabtu. Dalam pada itu, Syamel turut meluahkan rasa terharu apabila melihat peminat mula berkongsi semula video lama sewaktu di pentas AF sebagai tanda sokongan agar dia menyertai saingan kali ini.Menghargai usaha para peminat, Syamel menganggap keterujaan itu sebagai doa serta sokongan moral yang amat bermakna sepanjang perjalanan kerjaya seninya.“Saya tetap berbincang dengan pihak pengurusan dan mungkin buat masa ini tiada rezeki untuk saya bertanding di situ. Tetapi mana tahu ada kemunculan khas untuk minggu yang seterusnya.ARTIKEL BERKAITAN: Syamel ‘post’ video promosi lagu, netizen mula menyampah anggap tak jaga hati isteri… “Sikit-sikit sudahlah”ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh sentuh pelakon wanita dalam MV ‘Pertama’, Syamel terus hubungi Ernie Zakri“Kepada semua peminat yang menaruh harapan, teruskanlah sokongan anda. Saya melihat harapan itu sebagai satu lambang kasih sayang yang sangat bernilai buat saya. Saya sangat-sangat tersentuh dan terima kasih banyak-banyak atas doa anda semua,” jelasnya.Meskipun mengesahkan tidak bersaing merebut trofi kejuaraan, Syamel berkata dia tidak menolak kemungkinan untuk tampil membuat kemunculan mengejut di pentas berkenaan.Jelas Syamel, dia terbuka sekiranya pihak produksi mengundangnya untuk menjayakan persembahan jemputan bersama barisan alumni yang lain sepanjang program berlangsung.Ramai berharap untuk Syamel menyertai GV. “Secara rasminya memang tiada nama Syamel untuk GV kali ini. Tetapi kadang-kadang kita tidak tahu, jangan pula terkejut kalau tiba-tiba saya muncul esok malam!“Mana tahu pada minggu pertama pihak produksi mahu menghimpunkan semua alumni AF untuk bernyanyi bersama di pentas pembukaan, mungkin saya akan ada di situ. Kita tidak tahu, kan? Apa yang paling penting, berikanlah sokongan padu kepada GV Fantasia nanti,” ujarnya. Untuk info, GV Fantasia bakal menghimpunkan Mawi, Vince Chong, Faizal, Shahir Zawawi, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.