suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat lelaki bertindak agresif bukan OKU... Auddra kini lebih waspada bergaul

Insiden itu mendidik Auddra agar lebih berhati-hati ketika bertemu dengan peminat.

PENYANYI Auddra mengalami sedikit rasa trauma susulan insiden didekati seorang peminat lelaki yang bertindak agresif sewaktu menemuinya sebelum ini.

Auddra atau nama penuhnya Auddra Zulkifli, 17, berkata, perkara itu memberi pengajaran bermakna buat dirinya sehingga membuatkan dia lebih berwaspada setiap kali meluangkan masa bersama peminat.

“Sejujurnya selepas insiden itu memang saya berasa agak trauma sedikit. Disebabkan itulah kadang-kadang sekarang ini saya lebih menjaga batasan dengan peminat.

“Kalau minat atau terlalu obses dengan seseorang artis sekalipun, saya rasa anda tidak perlu berkelakuan seperti itu.

“Mungkin anda boleh ubah sikap berkenaan, sebab kalau anda mahu rapat dengan artis kesayangan, anda kena buat mereka rasa selamat dan selesa untuk dekat dengan anda,” katanya kepada mStar.

Auddra nafi spekulasi kononnya peminat lelaki itu OKU.

Auddra ditemui pada majlis Pengumuman Top 10 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-38 di Ombak, KLCC pada Sabtu.

Mengulas mengenai spekulasi yang mendakwa individu tersebut merupakan Orang Kurang Upaya (OKU), Auddra menyangkal tanggapan tersebut.

Jelasnya, berdasarkan maklumat yang diterima, lelaki berkenaan dipercayai berada dalam keadaan waras dan mempunyai pekerjaan tetap. 

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar lemah dalam pelajaran, Auddra akui selesa sebagai penyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Kenalan lama datang nak pinjam duit belikan hadiah untuk ‘boyfriend’... Auddra tak selesa kawan ambil kesempatan!

“Mungkin orang nampak kasihan dekat saya, ya memang saya kurang selesa ketika itu tetapi saya juga kasihan melihat dia.

“Saya ada ramai peminat dan pasukan pengurusan saya yang boleh tolong lindungi saya, sedangkan dia tiada siapa untuk tolong.

“Kita pun tidak boleh hendak buat andaian sembarangan, tetapi ramai yang memberitahu dia sebenarnya waras sahaja dan bekerja. Jadi dia tahu apa yang dia buat dan saya rasa dia bukanlah penghidap autisme,” jelasnya.

Auddra tersenarai dalam Top 10 Artis Baharu Wanita Popular ABPBH38.

Sebelum ini, tular rakaman video di media sosial memaparkan seorang peminat lelaki bertindak agresif dan melulu sewaktu mendekati Auddra di sebuah acara terbuka.

Terbaru, Auddrra berjaya menembusi senarai Top 10 kategori Artis Baharu Wanita Popular ABPBH38.

Artikel Lain