suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita tak selesa mata pelawat lelaki ‘meliar’ di wad bersalin, minta para suami tundukkan pandangan - “Aurat orang jangan tengok”

Privasi dan aurat wanita bersalin boleh terjejas terutamanya ketika waktu melawat. -Gambar hiasan AI

PROSES melahirkan bayi merupakan pengalaman cukup menyakitkan buat seorang wanita dan tubuh mereka berada dalam keadaan lemah selepas bersalin dan memerlukan masa untuk berehat.

Namun suasana di wad bersalin yang sepatutnya menjadi ruang untuk ibu mendapatkan rawatan dan berehat ada kalanya boleh menimbulkan rasa kurang selesa terutamanya ketika waktu melawat.

Perkara itu dibangkitkan seorang wanita yang meluahkan rasa kurang senang apabila mendakwa segelintir lelaki yang melawat isteri mereka didakwa gemar memerhatikan keadaan sekeliling termasuk pesakit wanita lain.

Wanita yang baru selesai melahirkan bayi memerlukan rawatan dan rehat mencukupi. -Gambar hiasan AI

Situasi itu menurutnya membuatkan dia berasa kurang selesa kerana kebanyakan ibu yang baru melahirkan anak biasanya dalam keadaan tidak terurus, aurat terdedah atau sedang menyusukan bayi.

"Serius soalan nak tanya, waktu melawat isteri bersalin kenapa kebanyakan suami sibuk tengok bini orang lain, tengok sekeliling.

"Tak boleh ke tengok bini, anak sendiri? Serius tak selesa dengan keadaan itu, kita penat bersalin.

  • Proses kelahiran merupakan pengalaman mencabar, menyebabkan ibu memerlukan rehat serta privasi selepas bersalin.
  • Seorang wanita meluahkan rasa kurang selesa apabila mendakwa segelintir suami yang datang melawat isteri gemar memerhatikan pesakit wanita lain.
  • Keadaan itu menimbulkan kebimbangan kerana ada ibu yang auratnya terdedah atau sedang menyusukan bayi.
  • Dia berharap lelaki yang berada di wad bersalin lebih peka terhadap privasi dan aurat pesakit wanita lain.

"Suami aku datang benda pertama aku cakap tunduk, jangan tengok sekeliling. Tengok saya dengan baby je, aurat orang jangan tengok," katanya.

Jelasnya, keadaan selepas bersalin bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui kerana wanita memerlukan rehat secukupnya selain berdepan perubahan fizikal dan emosi.

Dalam masa sama dia turut berharap agar golongan lelaki yang berada di wad bersalin lebih peka terhadap keadaan pesakit wanita tanpa mengganggu privasi serta aurat mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa nak jaga anak saya?” - Suami bantah isteri ditahan di wad, tak peduli luka caesarean bernanah!

ARTIKEL BERKAITAN: Sia-sia datang lepas Subuh... Doktor ED tak layan kes faraj berdarah wanita hamil, suruh tunggu klinik buka pukul 8 pagi

Perkongsian itu turut menerima komen netizen yang rata-ratanya menggesa agar para suami lebih peka terhadap isu berbangkit terutamanya di wad bersalin.

Walaupun suami mempunyai hak untuk menemani isteri, kehadiran mereka juga perlu disertai sikap bertanggungjawab dengan menjaga pandangan dan tidak mengganggu keselesaan pesakit wanita lain.

"Pasti awak pun tak suka kalau ada lelaki lain tengok aurat isteri awak, kan? Jadi pandai-pandailah bawa diri dan menjaga pandangan ketika di wad bersalin," komen netizen.

Artikel Lain