Peniaga tempatan turut mengambil peluang menjual ayam gepuk berikutan trend masa kini. -Gambar hiasan AI
TIDAK dinafikan hidangan ayam gepuk bukan sahaja popular tetapi mampu membangkitkan selera.Maka tidak hairan sajian dari Indonesia itu semakin menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia sehinggakan banyak restoran berlumba-lumba menjual menu tersebut. Namun di sebalik populariti ayam gepuk, timbul kebimbangan makanan tempatan semakin tenggelam.Menyuarakan perkara tersebut, seorang pengguna Threads tampil meluahkan kekecewaan dengan sikap rakyat Malaysia yang mengutamakan hidangan luar berbanding budaya tempatan.Hidangan ayam gepuk semakin popular di Malaysia. -Gambar hiasan AIBaginya, kecenderungan membuka kedai atau menambah menu hidangan tersebut menimbulkan kebimbangan tentang identiti makanan sendiri."Maaflah kalau ada pemilik kedai ayam gepuk yang akan terasa dengan kenyataan aku ini."Aku macam kecewa tengok orang Melayu berlumba-lumba buka kedai ayam gepuk dan tambah menu ayam gepuk," luahnya.Pada masa sama, dia turut membandingkan keadaan itu dengan sambutan terhadap makanan Melayu di Indonesia.Lelaki meluahkan kekecewaan melihat peniaga Melayu berlumba-lumba menjual ayam gepuk.Dia bimbang populariti hidangan luar menyebabkan makanan tempatan semakin dipinggirkan.Dia mendakwa makanan Melayu tidak mendapat sambutan serupa daripada peniaga di Indonesia.Meskipun memahami permintaan pasaran, dia mengingatkan peniaga supaya menjaga identiti makanan sendiri.Sebahagian netizen bersetuju dan berharap masakan Melayu lebih diketengahkan.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah katanya, keterujaan menjual makanan dari negara jiran itu tidak dilihat berlaku dengan cara yang sama terhadap hidangan Melayu di sana."Dekat Indonesia sana tak ada pula yang bangga nak jual makanan Melayu kita," tambahnya membandingkan situasi yang berlaku.Meskipun kecewa, dia bagaimanapun mengakui memahami bahawa pilihan peniaga dipengaruhi permintaan pasaran semasa."Ya, faham pasaran sekarang, tapi entahlah. Merata ayam gepuk di Malaysia. Jangan sampai hilang identiti," ujarnya menitipkan pesanan.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita puas makan sayur, minum jus segar murah di luar negara... Sedih kenang makanan Malaysia, semua nak tambah ‘cheese’ lelehARTIKEL BERKAITAN: Mat salih buat majlis perpisahan ‘ikut tekak’ orang Malaysia, tempah 600 cucuk sate! Tauke dilayan mesra, tetamu beri tepukanHantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya turut bersetuju dengan kenyataan yang dibuat."Dah lama anti dengan ayam gepuk, korang je yang beria sedangkan masakan Melayu lagi halus indah berseni cara buatannya."Sebagai rakyat Indonesia, saya setuju sebab banyak sangat kedai ayam gepuk dekat sini. Tak sedap dan harga pun mahal."Asyik ayam gepuk je sampai warga asing pun ingat makanan lokal Malaysia," demikian reaksi netizen.