suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keith Foo luka terkena pisau ketika berlakon, Dian P. Ramlee tabur serbuk kopi henti pendarahan

Keith sempat lihat tangannya mengalirkan darah semasa menjayakan babak berkenaan.

GARA-GARA terlalu menghayati watak Haris dalam drama terbaharunya, Suamiku Anak Mak, pelakon Keith Foo mengalami kecederaan pada tapak tangan kanan ketika menjayakan satu babak dalam drama berkenaan.

Keith, 43, berkata dia sendiri terkejut apabila menyedari tangannya berdarah ketika melakukan adegan tersebut, namun memilih untuk meneruskan lakonan bagi mengelakkan momentum penghayatan wataknya terganggu.

Jelasnya, keadaan dirinya yang kelihatan menggigil dalam babak itu bukan sahaja disebabkan penghayatan terhadap watak, malah dia turut menahan kesakitan akibat kecederaan dialami.

Keith turut terkejut lihat tangannya berdarah.

"Saya pun tak sangka. Pada mulanya memang terkejut juga sebab saya pandang tangan dua kali untuk pastikan sama ada itu betul-betul darah.

"Selepas itu saya fikir tak mengapa dan teruskan sahaja lakonan. Saya tak nak berhenti sebab takut hilang momentum memandangkan saya sudah menghayati watak.

"Saya juga tak mahu mengganggu orang sekeliling. Kesian kepada pelakon dan kru lain kalau saya berhenti separuh jalan nanti mereka semua terpaksa menunggu," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan kaitkan saya“ - Keith Foo jawab tuduhan pikat Harissa Adlynn, minta hormati Riena Diana

ARTIKEL BERKAITAN: Riena Diana dedah Keith Foo tolak tawaran berlakon di Indonesia demi anak

Menurut Keith, kecederaan dialaminya tidak terlalu serius sehingga memerlukan jahitan, namun pelakon Dian P. Ramlee yang membawa watak Mak Leha sempat memberikan rawatan awal sebaik sahaja babak tersebut selesai.

Katanya, seluruh pasukan produksi turut kelihatan panik sebaik sahaja menyedari kecederaan dialaminya ketika itu.

"Tak perlu jahitan tetapi Mak Leha ambil serbuk kopi kampung dan terus letakkan pada bahagian luka.

"Sebelum diletakkan serbuk kopi itu, darah memang masih mengalir dan susah nak berhenti. Selepas dia letakkan serbuk kopi, darah seolah-olah mula berhenti dan luka pun sedikit mengering.

Mungkin itu juga kesilapan saya kerana tidak begitu berhati-hati.

KEITH FOO

PELAKON

"Sebelum diletakkan serbuk kopi itu, darah memang masih mengalir dan susah nak berhenti. Selepas dia letakkan serbuk kopi, darah seolah-olah mula berhenti dan luka pun sedikit mengering.

"Saya bersyukur kerana pasukan produksi sentiasa saling menyokong. Sebaik sahaja pengarah menyebut 'cut', semua orang datang membantu saya," ujarnya.

Mengulas mengenai penggunaan pisau sebenar dalam babak tersebut, Keith memahami persoalan netizen yang mempersoalkan mengapa pihak produksi tidak menggunakan pisau palsu sebagai prop.

Jelasnya, dia perlu menggunakan pisau untuk menebuk sofa mengikut keperluan babak berkenaan, sebaliknya mengakui kurang berhati-hati ketika melakukannya.

Keith cuba akui kesilapan sendiri yang tidak berhati-hati.

"Sebenarnya, saya memang perlu menebuk sofa menggunakan pisau. Mungkin itu juga kesilapan saya kerana tidak begitu berhati-hati. Saya tak perasan ada satu bahagian sofa yang mempunyai kayu.

"Apabila dicucuk, ia menyebabkan pisau melantun semula.Bahagian lain pula kosong dan hanya menggunakan gabus. Saya rasa pisau itu terkena bahagian yang mempunyai kayu berkenaan.

"Dalam situasi ini, tiada sesiapa yang bersalah kecuali saya sendiri kerana mungkin kurang berhati-hati ketika melakukan babak tersebut. Tiada sesiapa di set yang patut dipersalahkan," kongsinya.

Selain Keith, pelakon Izzue Islam, Emma Maembong, dan Dian P. Ramlee turut berlakon dalam Suamiku Anak Mak.

Dalam pada itu, Keith yang turut menerima kecaman netizen susulan lakonannya sebagai Haris mengakui tidak terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan.

Sebaliknya, dia berterima kasih kepada pengarah yang banyak memberikan bimbingan sehingga berjaya menghidupkan watak tersebut seperti yang dikehendaki.

"Saya okay! Kalau semua orang mengecam saya, bermakna watak itu berjaya dibawakan," katanya.

Artikel Lain