PELAKON Keith Foo tampil menjelaskan kekeliruan selepas ramai menyangka dia merupakan aktor yang pernah memikat rakan artis, Harissa Adlynn, ketika mereka terlibat dalam sebuah drama.Menafikan perkara tersebut, Keith, 43, turut meminta orang ramai agar tidak terus mengaitkan namanya dengan kenyataan yang dikeluarkan Harissa dalam temu bual bersama media sebelum ini. "Orang tag nama saya. Saya tidak ada kena-mengena. Pembantu peribadi sentiasa bersama saya di lokasi penggambaran. Selesai sahaja babak, saya akan duduk dalam bilik sendiri.Keith tidak mahu spekulasi yang timbul jejaskan hubungan dengan Riena. "Saya tak nak tahu fasal perkara ini dan tolong jangan kaitkan nama saya," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.Keith pada masa sama enggan salah faham itu memberi kesan terhadap hubungan cintanya dengan aktres Riena Diana.Sebagai kekasih, katanya, dia perlu menjaga dan menghormati perasaan Riena.ARTIKEL BERKAITAN: Aktor sudah ada kekasih cuba pikat, Harissa Adlynn tak layan... Kekal profesional di set penggambaran ARTIKEL BERKAITAN: Kasihan Harissa Adlynn, sampai menangis kena prank... Keith Foo betul-betul ‘in character’!"Saya hormat Riena dan tidak akan buat perkara sebegitu. Saya juga mahu orang hormat Riena dan jangan buat spekulasi sembarangan."Sudah tiga tahun kami bersama dan dia seorang sahaja. Riena adalah nombor satu, saya perlu jaga bakal isteri," jelasnya.Keith dan Harissa sebelum ini berlakon sama dalam drama Isteri Rahsia Ungku Jabar. Sebelum ini, dalam satu temu bual bersama media, Harissa mendedahkan dia pernah dipikat oleh seorang rakan artis yang juga berstatus kekasih orang.Biarpun tidak menyebut sebarang nama, ramai menyangka individu yang dimaksudkan ialah Keith kerana mereka pernah berlakon bersama dalam drama berjudul Isteri Rahsia Ungku Jabar.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!