suria

Kasihan Harissa Adlynn, sampai menangis kena prank... Keith Foo betul-betul ‘in character’!

Harissa bertukar ceria apabila mendapat tahu ia hanyalah 'prank'.

PELAKON Harissa Adlynn tidak dapat menahan emosi lalu mengalirkan air mata di set penggambaran selepas kredibiliti dan komitmennya sebagai seorang anak seni dipertikaikan.

Ia selepas produksi drama Isteri Rahsia Ungku Jabbar dan stesen Astro serta rakan gandingannya iaitu Keith Foo menegur lakonan Harissa yang dikatakan sebagai hambar.

Sedih dengan teguran itu, Harissa atau nama sebenarnya Harissa Adlynn Abdul Halim, 23, dilihat terus memohon maaf kerana merasakan dirinya telah menyusahkan banyak pihak.

"Saya sudah cuba sehabis baik dan minta maaf jika saya mengecewakan sesiapa. Saya benar-benar berusaha.

Harissa tidak dapat menahan sebak apabila ditegur produksi.

Harissa tidak dapat menahan sebak apabila ditegur produksi. 

"Sejujurnya saya memang terkejut, kecewa dan rasa bersalah dalam masa sama. Dunia lakonan ini melibatkan ramai orang, jadi tekanan itu sangat terasa," katanya dalam satu hantaran video pada Jumaat. 

Bagaimanapun, suasana tegang dan hiba di set penggambaran itu bertukar ceria apabila dia dimaklumkan situasi berkenaan hanyalah 'prank' sempena ulang tahun kelahirannya.

Lega dengan perkara itu, Harissa meluahkan rasa penghargaan buat semua pihak yang terlibat menjayakan kejutan tersebut.

"Terima kasih kepada stesen televisyen, Astro dan Bambam Studios kerana ingat hari lahir saya. Momen ini pasti akan saya kenang setiap kali tiba ulang tahun kelahiran," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Harissa Adlynn meronta-ronta tak nak lepaskan buku, ‘buka mata’ selepas ziarah rumah anak yatim

ARTIKEL BERKAITAN: Badan pelakon gandingan berbau, Harissa Adlynn terpaksa tahan nafas di set penggambaran

Mengulas mengenai watak Nilam yang digalas dalam naskhah tersebut, Harissa mengakui karakter kali ini sememangnya menuntut komitmen yang sangat tinggi terutamanya daripada segi mainan emosi.

"Ini antara watak yang sangat berat dan kompleks untuk saya bawa kerana emosinya turun naik. 

"Saya sudah berikan yang terbaik untuk Ungku Jabbar. Harap penonton menikmati setiap episode," tambahnya. 

Dalam pada itu, perkongsian video usikan tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati melihat pelakon itu menangis.

Barisan pelakon utama Isteri Rahsia Ungku Jabbar. 

"Sedih tengok dia menangis, nampak betul-betul ikhlas. Selamat Hari Lahir Harissa, awak memang berbakat jadi pelakon, teruskan berusaha.

"Terlalu ‘real’ prank ini, sampai boleh jatuh emosi. Kalau saya di tempat Harissa pun bukan kata menangis, saya akan berlalu pergi. Tapi bagus juga, nampak kesungguhan dia dalam kerja,” tulis beberapa netizen di media sosial.

Untuk rekod, drama Isteri Rahsia Ungku Jabbar kini bersiaran dalam Slot MegaDrama di Astro Ria sejak 20 April lalu.

Naskhah arahan Rashid Sibir itu turut dibintangi Ezaidi Aziz sebagai Ungku Jiyad selain Keith Foo sebagai Ungku Jabbar dan Harissa sebagai Nilam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain