PENCARIAN watak Puteri Gunung Ledang akhirnya terjawab apabila penyanyi Aisha Retno diumumkan sebagai pelakon utama bagi pementasan muzikal legenda berkenaan.Pengumuman tersebut dibuat menerusi akaun Instagram rasmi Puteri Gunung Ledang The Musical (@pglthemusical) dalam satu hantaran istimewa dimuat naik pada Sabtu. Dalam hantaran berkenaan, Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, digambarkan sebagai figura yang bukan sahaja memiliki vokal memukau, tetapi turut mempunyai aura sesuai untuk menghidupkan watak ikonik tersebut.Teka teki akhirnya terjawab apabila Aisha diumumkan sebagai Puteri Gunung Ledang. "Inilah salah satu puteri kami. Suaranya seakan tercipta untuk sebuah legenda. "Anggun, lembut, namun menyimpan kekuatan di balik diamnya. "Dan kini ia melangkah memasuki dunia Puteri Gunung Ledang... Aisha Retno," tulis kenyataan tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: “Ini identiti saya” - Aisha Retno tenang jawab kritikan pakai korset, fesyen sesuai dengan konsep laguARTIKEL BERKAITAN: Peminat cilik menangis, sempat siapkan lukisan wajah Aisha RetnoLebih menarik, pementasan kali ini memperkenalkan konsep baharu apabila menampilkan lebih daripada satu interpretasi bagi watak puteri utama."Buat pertama kalinya, dalam Puteri Gunung Ledang The Musical. Dua puteri dan dua bayan akan menghidupkan kembali legenda ini. "Kerana kisah cinta sebesar ini layak terus diwariskan kepada generasi berikutnya," ujarnya.'Difahamkan, seorang lagi pelakon yang akan memegang watak Puteri Gunung Ledang akan diumumkan pada pukul 6 petang ini.Aisha diberi amanah untuk memegang watak utama.Sebelum ini, produksi Puteri Gunung Ledang The Musical musim terbaharu mengesahkan pendekatan baharu dengan menampilkan dua watak Puteri dan dua watak Bayan bagi menghargai legasi karya tersebut serta memastikan kesinambungannya untuk generasi akan datang.Bagi watak Bayan, ia akan dibawakan oleh pelakon Nadia Aqilah dan penyanyi Mimi Fly.Turut diumumkan sebelum ini ialah pelakon Luqman Hafidz sebagai Sultan Melaka serta Yusof Hashim sebagai Gusti Adipati.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!