ANGGOTA kumpulan BTS, Jungkook mendedahkan dia sanggup tidak menjamah makanan selama 39 jam sebelum akhirnya menikmati pelbagai snek selepas menghadiri acara jenama barang kemas mewah, Graff, di Tokyo, Jepun.Jungkook, 29, berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di platform Weverse baru-baru ini. Menerusi video tersebut, penyanyi itu dilihat menikmati beberapa jenis snek sambil berkongsi dengan peminat mengenai tempoh dia menahan lapar.Jungkook sanggup menahan lapar selama 39 jam."Sudah berapa jam saya berpuasa sekarang? Sudah 39 jam. Tetapi acara itu sudah pun selesai," katanya.Dalam pada itu, Jungkook menjelaskan dia sebenarnya dalam perjalanan untuk menikmati hidangan lengkap, namun tidak mampu menahan lapar sehingga mengambil keputusan untuk menjamah snek terlebih dahulu."Saya sedang dalam perjalanan untuk makan, tetapi sudah tidak boleh tunggu lagi. Saya perlu makan," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Rakan sekolah dedah gambar Jungkook gaya rambut menutup mataARTIKEL BERKAITAN: “Perempuan tu bahagia ada 2 anak” - Isteri terkilan hidup cukup makan, suami pula masih tanggung hutang bekas kekasihSementara itu, Jungkook memberitahu penurunan berat badannya dilakukan khusus bagi menghadiri acara berkenaan dan dia merancang untuk menaikkan semula berat badan selepas ini."Saya bercadang untuk menaikkan semula berat badan. Sejujurnya, saya hanya menurunkan berat badan untuk acara Graff ini."Saya sebenarnya tidak merancang untuk menurunkan berat badan jika bukan kerana acara itu," jelasnya.