suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakan sekolah dedah gambar Jungkook gaya rambut menutup mata

Wajah kacak Jungkook menjadi kegilaan ramai peminat.

SEORANG pengguna media sosial yang mendakwa dirinya rakan sekelas Jungkook berkongsi pengalaman mencuit hati tentang penyanyi itu ketika mereka masih di bangku sekolah.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik, individu berkenaan menceritakan sikap anggota kumpulan BTS itu yang gemar menggayakan rambut sehingga menutupi hampir sebahagian matanya.

Imej tersebut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ramai sehingga ada yang menyangka Jungkook sengaja menutup matanya kerana mempunyai masalah pada bahagian mata. 

Imej rambut Jungkook (kanan) yang menjadi bualan rakan sekolah. 

Bagaimanapun, persepsi tersebut berubah selepas seorang guru meminta dia menunjukkan matanya kepada rakan sekelas yang lain.

"Dia seorang yang sangat kacak. Suatu hari seorang guru menyuruh dia menunjukkan matanya. Matanya sangat cantik," cerita individu berkenaan.

Perkara tersebut menjadi bualan ramai sehingga Jungkook terpaksa terus tampil dengan gaya rambut yang sama agar matanya tidak kelihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat berbalah gara-gara Jungkook 'repost' hantaran penari cantik 

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup tak makan demi jaga badan, Jungkook dan Jimin teruk dikecam

Difahamkan juga Jungkook akan mengambil masa yang lama untuk menggayakan rambut supaya dapat menutupi sebahagian matanya.

Bahkan sehingga kini, peminat masih memuji mata Jungkook setiap kali dia berkongsi gambar di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain