suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dewi Perssik amalkan mengaji sebelum ‘live’ di TV

Depe mempunyai amalan tersendiri sebelum memulakan tugas.

PENYANYI dan pengacara Dewi Perssik mendedahkan dia mempunyai amalan tersendiri sebelum memulakan tugas sebagai hos program televisyen secara langsung.

Memetik laporan Detikhot, Dewi atau lebih mesra disapa Depe berkata dia akan meluangkan masa untuk mengaji sebagai tanda kesyukuran selain memohon kelancaran serta perlindungan daripada Allah SWT sepanjang menjalani rutin harian.

Depe akan meluangkan masa untuk mengaji sebagai tanda kesyukuran.

“Apabila kita dapat bangun pada waktu pagi, itu bermakna kita menerima anugerah daripada Allah dan dikurniakan kesihatan. Itu adalah bentuk rasa syukur,” katanya.

Dalam pada itu, Dewi turut menjelaskan amalan mengaji bukan sahaja sebagai tanda bersyukur, malah menjadi ikhtiar untuk menghadapi pelbagai ujian kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN: Identiti Dewi Perssik kantoi lepas buat pembentangan, sukar faham bahasa Inggeris dalam kuliah

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik tak kecil hati tidak dijemput majlis kahwin anak Ahmad Dhani... “Mungkin dah kena blacklist”

“Tidak ada manusia yang tidak diuji tetapi kita boleh melalui setiap ujian itu dengan perlindungan daripada Tuhan,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai prinsip hidup yang dipegangnya, Dewi berkongsi satu ungkapan yang sering menjadi pegangan dalam hidupnya.

“Menjaga apa yang sudah ada dan mendatangkan apa yang belum ada,” jawabnya ringkas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain