ENGGAN dikenali orang ramai, penyanyi Dewi Perssik sanggup mengenakan jubah setiap kali menghadiri kelas bagi menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Psikologi.Dewi atau lebih mesra disapa Depe berkata, dia sengaja merahsiakan identitinya sebagai selebriti dan tidak mahu mencetuskan kekecohan di pusat pengajiannya. Katanya, rakan-rakan sekelas langsung tidak menyedari dirinya seorang artis kerana penampilannya yang cuba disembunyikan itu.“Kalau pergi kuliah, saya akan pakai jubah jadi rakan-rakan sekelas atau orang di kampus tidak kenal saya,” katanya memetik Suara.com.Bagaimanapun, rahsia itu tidak bertahan lama apabila identitinya akhirnya terbongkar ketika sesi pembentangan kertas kerja di dalam kelas.Jelas Dewi, suara dan cara pertuturannya menjadi ‘petunjuk’ yang membuatkan rakan-rakan mula mengesyaki siapa dirinya.“Waktu presentation tu, mereka macam kenal suara saya. Tapi mungkin tak berani nak cakap terus,” kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik tak kecil hati tidak dijemput majlis kahwin anak Ahmad Dhani... “Mungkin dah kena blacklist”ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik buat laporan polis, beri peringatan kepada pemilik akaun palsuDalam pada itu, Dewi turut mengakui keluarganya sendiri tidak mengetahui dia menyambung pelajaran pada awalnya.Walaupun kembali bergelar pelajar pada usia 40 tahun, Dewi mengakui dia masih mampu mengikuti pembelajaran dengan baik.“Sebelum ini, keluarga pun tak tahu saya sambung belajar. Tapi sekarang dah tahu. “Awal-awal tu pensyarah cakap bahasa Inggeris dua jam. Saya kena translate dulu,” luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!