suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sampai rumah pukul 2 pagi, badan berlumuran darah... Suami kaki takraw baru nak ingat larangan isteri!

Tiada isteri yang sengaja mahu menyekat hobi suami, sebaliknya teguran diberikan kerana bimbang terhadap keselamatan insan tersayang. -Gambar hiasan AI

BUKAN niat mahu menyekat hobi suami, namun kebimbangan seorang isteri terhadap keselamatan insan tersayang kadangkala sukar difahami selagi belum timbul sebarang kejadian yang tidak diingini.

Begitulah dilema yang dilalui seorang wanita apabila suaminya ketagih bermain sepak takraw sehingga lewat malam, malah acap kali hanya pulang ke rumah sekitar pukul 1 pagi.

Biarpun sudah berkali-kali menegur, wanita itu akhirnya memilih untuk berdiam diri selepas merasakan nasihatnya tidak diendahkan.

Namun, wanita berkenaan berkongsi satu kejadian tidak diduga yang akhirnya membuka mata si suami agar tidak lagi meremehkan teguran seorang isteri.

Komunikasi antara suami isteri penting untuk mengelakkan salah faham. -Gambar hiasan AI

"Dia ni kuat main takraw, balik lewat sampai pukul 1 pagi. Mula-mula saya bising tapi lama-lama saya dah malas nak tegur.

"Biasanya saya akan tunggu dia sampai rumah tak kira pukul berapa pun dia balik, tapi masa tu saya langsung tak bising walaupun dah pukul 1 pagi.

"Saya tunggu hingga pukul 12.30 tengah malam masih tak balik, saya terus tidur. Kemudian pukul 2 pagi suami saya balik dalam keadaan berdarah... rupanya kemalangan," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai setahun kahwin, isteri bengang suami sibuk nak pergi ‘ride’... Susah hati konvoi campur lelaki perempuan tidur satu homestay

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin ini kifarah kami” - Kisah benar pasangan suami isteri dihimpit dosa lampau, terus hilang ‘spark’ di bilik tidur

Walau bagaimanapun pengadu tidak bercerita lanjut tentang kemalangan berkenaan.

Wanita berkenaan berkata, dia menganggap apa yang berlaku adalah 'teguran' daripada Allah buat suaminya agar lebih menyedari kebimbangan yang selama ini cuba disampaikan.

  • Seorang wanita berkongsi kisah suaminya yang sering bermain sepak takraw hingga lewat malam.
  • Dia sudah berkali-kali menegur suaminya kerana risau akan keselamatan lelaki itu.
  • Suatu malam, suaminya pulang pada pukul 2 pagi dalam keadaan berdarah selepas terlibat dalam kemalangan.
  • Kejadian itu membuatkan suaminya mula memahami kebimbangan yang selama ini dirasai isterinya.
  • Netizen berpendapat suami perlu menghargai teguran isteri yang risau akan keselamatannya.

"Sebab apabila saya tegur, dia cakap ramai je pakcik-pakcik dah kahwin boleh je main takraw.

"Jadi saya malas nak tegur dah, bab takraw ni memang saya 'kalah' awal. Sekarang baru dia sedar apa isi hati saya selama ni.

"Bukan saya larang saja-saja, hati isteri mana tak risau kan? Apabila jadi macam ni, yang kena jaga si isteri juga," kongsinya.

Di ruangan komen, perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memahami perasaan wanita berkenaan apatah lagi apabila seorang isteri terpaksa memendam kebimbangan sendiri selepas tegurannya tidak diendahkan.

Bagi sesetengah pihak, isu hobi mungkin nampak remeh, namun daripada sudut pandang seorang isteri, tiada apa yang lebih merisaukan selain memikirkan keselamatan suami di luar rumah tatkala malam kian larut.

Artikel Lain