suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bersedia untuk percutian seterusnya... Star Karnival Cuti Cuti Malaysia bakal gegarkan Sarawak hujung minggu ini

SKCCM seterusnya bakal diadakan di Kuching, Sarawak dari 30 Oktober hingga 1 November.

DARI gua-gua di Mulu hingga ke pulau-pulau di Semporna dan gemerlapan lampu kota Kuala Lumpur, rakyat Sarawak kini boleh merancang percutian seterusnya tanpa perlu keluar dari bandar.

Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia (SKCCM) bakal berlangsung di Plaza Merdeka Kuching, Sarawak dari Jumaat hingga Ahad sempena persinggahan terakhir jelajahnya bagi 2026, menghimpunkan tawaran percutian, pakej hotel dan tarikan pelancongan dari seluruh negara di bawah satu bumbung.

Pengunjung boleh menikmati cabutan bertuah, permainan pentas dan pelbagai aktiviti interaktif sepanjang tiga hari penganjuran, dengan hadiah disumbangkan oleh rakan pelancongan yang mengambil bahagian.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk tiket penerbangan domestik daripada Batik Air, penginapan hotel dan resort, pakej percutian, baucar taman tema dan tarikan pelancongan, baucar beli-belah, barangan cenderamata pelancongan serta produk istimewa tempatan.

Lebih 30 pempamer akan menawarkan promosi eksklusif sepanjang karnival, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk membandingkan pilihan percutian, bertemu pengusaha secara bersemuka dan mendapatkan tawaran istimewa sebelum cuti hujung tahun.

Edisi kali ini mengetengahkan pendekatan berbeza berbanding kebiasaan. Daripada menarik pelancong dari Semenanjung Malaysia ke arah timur, karnival ini membawa destinasi dari Semenanjung, Sabah dan Labuan terus kepada masyarakat di Malaysia Timur, selain memberi peluang kepada pengusaha dan usahawan berasaskan Sarawak untuk menarik perhatian pengunjung tempatan.

Sebagai negeri tuan rumah, Sarawak turut mendapat perhatian menerusi pelbagai tarikan pelancongannya. 

Taman Negara Mulu, Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan sistem gua yang luas, menjadi antara tarikan utama bersama Kampung Budaya Sarawak di Santubong, Borneo Happy Farm dan Royal Kuching Cruise.

SKCCM bukan sahaja dihadiri masyarakat tempatan, malah turut menarik perhatian pelancong asing.SKCCM bukan sahaja dihadiri masyarakat tempatan, malah turut menarik perhatian pelancong asing.

Bagi mereka yang menggemari percutian lebih santai, Akal Homestay & Kampungstay Pusa menawarkan pengalaman menikmati kehidupan di kampung, manakala syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo, turut mengambil bahagian dalam karnival itu.

Bagi pencinta pulau dan pengembaraan, pengendali pelancongan yang mengkhususkan diri dalam destinasi Borneo seperti Hello Sabah, Wonderful Semporna Holiday, Karyatravel Borneo, Hovando Holidays, CU World Travel, AJ Borneo Tours & Travels, Borneo Trails Tours & Travel dan Amezone Adventure akan menawarkan pakej merangkumi percutian pulau di Sabah dan Labuan, pengembaraan di hutan hujan serta itinerari merentasi Borneo.

Bagi mereka yang mengimpikan percutian merentasi Laut China Selatan, pengunjung boleh meneroka pilihan seperti Aquaria KLCC dan KL Hop-On Hop-Off City Tour di Kuala Lumpur, The Top Penang, Desaru Fruit Farm di Johor serta Putrajaya.

Bagi yang menginginkan percutian sebenar untuk berehat dan menenangkan fikiran, Raia Hotel & Convention Centre Kuching, Tiara Labuan Hotel, Ancasa Hotels & Resorts dan Forest City di Johor akan menawarkan promosi penginapan, percutian bersama keluarga, percutian pantai dan pulau serta pakej hujung minggu.

Platform tempahan Trip.com dan JOMhotel.com, bersama agensi pelancongan seperti Suria Excellence Travel, Demak Travel Holidays, V All Travel & Tour, Malaysia Escape, Malaysiatravel.com, Tripfez dan Cruise Malaysia, melengkapkan senarai peserta dengan pelbagai pakej percutian domestik serta lawatan berkumpulan dan pakej yang boleh disesuaikan mengikut keperluan pelanggan.

Pengunjung yang menghadiri SKCCM berpeluang memenangi tiket penerbangan domestik daripada Batik Air.Pengunjung yang menghadiri SKCCM berpeluang memenangi tiket penerbangan domestik daripada Batik Air.

Sebelum pulang, pengunjung boleh mendapatkan kek lapis Sarawak daripada Kek Lapis Warisan, menikmati cita rasa Terengganu menerusi Nasi Dagang Atas Tol serta membeli kraftangan tempatan, cenderamata dan barangan hadiah untuk dibawa pulang.

Dianjurkan oleh Star Media Group dengan kerjasama Tourism Malaysia, karnival itu diadakan bersempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026-2027 dengan tema “Explore. Experience. Excite.”

Slogan “Destinasi Indah, Harga Rahmah” mencerminkan matlamat penganjur untuk menawarkan destinasi menarik pada harga berpatutan, di samping merancakkan perbelanjaan dalam sektor pelancongan domestik.

Kuching merupakan lokasi keenam dan terakhir bagi siri jelajah itu, yang bermula di Kuantan pada Julai sebelum diteruskan ke Johor Bahru, Kota Kinabalu, Pulau Pinang dan lokasi terbaharu, Selangor.

Secara keseluruhan, siri jelajah yang merangkumi enam lokasi itu dijangka menarik lebih 200,000 pengunjung.

Bagi rakyat Sarawak yang mengikuti perjalanan karnival ini ke seluruh negara, inilah peluang terakhir untuk mengunjunginya tahun ini, lebih-lebih lagi apabila ia berlangsung di halaman sendiri.

Justeru, ajaklah seisi keluarga, bawa senarai destinasi percutian impian anda dan kunjungi Plaza Merdeka dari 30 Oktober hingga 1 November ini. Masuk adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut mengenai SKCCM, layari events.thestar.com.my/skccm.

Artikel Lain