Murid yang membawa bekal juga kadangkala teringin membeli makanan di kantin sekolah. -Gambar hiasan AI
SESETENGAH ibu bapa memilih untuk menyediakan bekalan dari rumah buat anak-anak yang bersekolah bagi memastikan mereka mendapat makanan yang bersih dan berkhasiat, selain membantu menjimatkan perbelanjaan harian.Namun, situasi berbeza mungkin berlaku apabila anak-anak mula berasa bosan dengan makanan yang dibawa dari rumah atau tertarik melihat pilihan juadah yang dijual di kantin sekolah. Keadaan itu secara tidak langsung boleh menimbulkan keinginan untuk membeli makanan di kantin, seperti yang berlaku dalam situasi dikongsikan seorang wanita ini.Menurut wanita berkenaan, anaknya sering menjadi mangsa apabila rakannya gemar meminjam wang miliknya untuk membeli makanan diingini.Membawa bekal makanan ke sekolah bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan, malah membantu murid menikmati hidangan yang lebih berkhasiat. -Gambar hiasan AI"Anak aku ni hari-hari orang yang sama meminjam. Sehari RM1."Bila aku soal selidik, rupanya budak tu bawa bekal, terliur nak beli makanan kantin tapi tak ada duit, jadi meminjamlah dengan anak aku ini," luahnya dalam hantaran di Threads.Ujarnya, dia kemudian menasihati anaknya supaya tidak lagi memberikan wang kepada murid terbabit.ARTIKEL BERKAITAN: Mak-mak bangga sedia bekal ke sekolah, konon didik erti berjimat... Tak sedar anak ‘sakau’ duit kawan nak beli jajanARTIKEL BERKAITAN: Buku mewarna Frozen jadi penyesalan, belasan tahun cikgu simpan hadiah permintaan murid - “Dia hilang, tak dapat dihubungi”"Budak tu bukannya anak orang susah, ibu bapanya berduit," katanya lagi.Sehubungan itu, wanita berkenaan terpanggil untuk memberi teguran kepada ibu bapa yang menyediakan bekalan makanan buat anak-anak supaya turut mempertimbangkan pemberian wang saku untuk kegunaan mereka di sekolah."Aduh, tolonglah ibu bapa yang sediakan bekal ni... tolong sediakan juga wang saku untuk anak-anak," tulisnya lagi. Seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila anaknya sering dipinjam wang setiap hari oleh rakan sekolah.Murid tersebut dikatakan membawa bekal tetapi ingin membeli makanan di kantin.Wanita itu menasihati anaknya supaya berhenti memberikan wang kepada murid berkenaan.Dia turut mengingatkan ibu bapa agar menyediakan wang saku selain bekalan makanan untuk anak-anak.Netizen mencadangkan wanita itu memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapa murid terbabit supaya masalah sama tidak berulang.Ringkasan ini dijana oleh AIWanita itu bagaimanapun tidak berkongsi umur anaknya namun dipercayai kanak-kanak tersebut merupakan murid di sekolah rendah.Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian netizen, dengan rata-ratanya menyarankan supaya dia menceritakan hal sebenar kepada penjaga murid terbabit agar situasi sama tidak lagi berulang."Kena beritahu ibu bapa, baru ibu bapa tahu anak dia masih nak beli makanan lain walaupun bawa bekal."Ada ibu bapa ingat bila dah bekalkan, tak perlu bagi belanja. Tapi sebenarnya budak suka nak membeli. Kesian dah anak tu minta duit kawan."Memang ada ibu bapa berduit tapi kedekut dengan anak," komen netizen.