suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita 117 tahun masih kekal sihat... Bangun awal pagi, selit daun selasih dalam baju antara petua panjang umur

Marra yang kini berusia 117 tahun dilahirkan ketika Empayar Uthmaniyah masih berkuasa. -Foto AFP

PADA usia 117 tahun, Qamile Marra mungkin antara wanita tertua di dunia, namun angka itu bukan sesuatu yang terlalu difikirkannya.

Sebaliknya, wanita kelahiran Albania itu lebih gemar menikmati kehidupan seharian termasuk menguruskan halaman rumah dan menjaga tanaman.

Malah Marra yang dilahirkan pada 19 Ogos 1909 itu masih menjalani kehidupan sederhana di kampungnya di Ferras iaitu kira-kira 100 kilometer ke selatan ibu negara Albania, Tirana.

"Hidup ini indah, seperti Gunung Tomorr ketika berbunga," katanya kepada AFP sambil tersentum ketika duduk di luar rumahnya.

Marra dilahirkan ketika Empayar Uthmaniyah masih berkuasa, malah dia juga baru berusia 36 tahun sewaktu ketika Perang Dunia Kedua berakhir.

“Anda akan hidup selama yang ditakdirkan Tuhan,” katanya dengan wajah berkedut yang dibingkai tudung putih tradisional.

Walaupun sudah berusia lebih seabad, Marra masih mengekalkan beberapa rutin harian yang membolehkannya terus bergerak dan menikmati kehidupan. Antara amalan hariannya termasuk:

Marra kekal aktif dengan mengusahakan sendiri sumber makanan serta menjaga ternakan. -Foto AFP

1. Bangun awal dan melakukan kerja rumah

Marra memulakan hari dengan menyapu halaman rumah, menyiram bunga dan memberi makan kepada ayam sebelum berehat sambil menikmati secawan kopi.

2. Berjalan-jalan di kebun

Dia masih gemar berjalan di kebun buah-buahan yang dijaga rapi bersama anak lelakinya yang tinggal bersamanya. Ketika berjalan, mereka turut memetik buah delima yang sudah masak.

3. Menikmati aroma tumbuh-tumbuhan

Marra mempunyai kebiasaan menyelitkan daun selasih ke dalam poketnya untuk menikmati aroma tumbuhan itu sepanjang hari.

4. Menjalani kehidupan sederhana

Sepanjang hidupnya, Marra menetap di kampung dan mengusahakan sendiri sumber makanan serta menjaga ternakan. Gaya hidup itu menjadi sebahagian daripada rutin hariannya sejak sekian lama.

Namun, tiada siapa yang dapat memastikan sama ada amalan tersebut menjadi faktor utama kepada usianya yang luar biasa panjang.

Anak lelakinya, Hysen, yang kini berusia 80 tahun, berkata ibunya berada dalam keadaan sihat dan tidak pernah mengambil sebarang ubat.

“Dia sihat dan tidak pernah mengambil sebarang ubat,” katanya.

Dikelilingi lima generasi keluarga

Di sebalik usianya yang panjang, keluarga kekal menjadi antara sumber kebahagiaan terbesar Marra.

Suaminya meninggal dunia 36 tahun lalu, namun dia masih tersenyum apabila mengenang kehidupan mereka bersama. 

Walaupun perkahwinan mereka diatur keluarga, Marra menyifatkan hubungan itu sebagai penuh kasih sayang.

Kini, dia sudah menyaksikan lima generasi keluarganya membesar di sekelilingnya.

Artikel Lain