suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Norman Hakim kongsi khabar duka, ibu Memey Suhaiza meninggal dunia

Ibu Memey disahkan meninggal dunia pada Rabu.

PELAKON Norman Hakim berkongsi khabar duka apabila memaklumkan ibu kepada isterinya, Memey Suhaiza disahkan meninggal dunia pada awal pagi Rabu. 

Norman atau Mohamed Norhakim Zaidon, 50, memaklumkan ibu mentuanya iaitu Allahyarham Norlela Abdul Rahman menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.49 pagi di Hospital Kota Tinggi, Johor akibat serangan strok.

“Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa ibu mentua saya yang dikasihi,Allahyarhamah Norlela binti Abdul Rahman, telah kembali ke rahmatullah pada 28 Oktober 2026, jam 2.49 pagi di Hospital Kota Tinggi setelah mengalami strok,” katanya melalui satu hantaran di Instagram pada Rabu. 

Ibu Memey meninggal dunia akibat strok. 

Menerusi perkongsian yang sama, Norman mewakili keluarga memohon jasa baik orang ramai, kenalan dan sahabat handai agar dapat mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham. 

“Kami sekeluarga memohon jasa baik keluarga, sahabat handai dan semua yang mengenali Allahyarhamah agar dapat sama-sama mendoakan beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: Memey Suhaiza 'hint' Norman Hakim, luah hasrat tambah tiga anak sebelum umur 40 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi berang rakan Memey campur tangan hal keluarga mereka

“Semoga Allah mengampuni segala dosanya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, melapangkan serta menerangi alam kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

“Mohon sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarhamah,” ujarnya.

Artikel Lain