suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fauziah Nawi ingatkan artis senior, jangan perkecilkan pelapis... Turunkan ilmu bantu generasi baharu

Fauziah antara pelakon senior yang juga bertindak sebagai guru lakonan.

BERKONGSI pandangan sebagai penggiat seni, pelakon Datuk Fauziah Nawi berpendapat pengalaman seseorang dalam dunia lakonan perlu dimanfaatkan dengan cara menurunkan ilmu kepada generasi lebih muda.

Dalam hal ini, Fauziah, 73, berpendapat pengalaman seorang pelakon tidak hanya diukur berdasarkan tempoh penglibatan dalam dunia seni.

Sebaliknya, perlu dilihat dalam usaha mendidik generasi muda untuk menjadikan industri seni tempatan lebih baik.

Perkongsian Fauziah di Threads. 

"Kematangan seorang artis senior bukan hanya diukur melalui berapa lama dia berada dalam industri, tetapi melalui kesediaannya berkongsi ilmu dan membesarkan generasi selepasnya.

"Artis senior tidak perlu mengecilkan pelapis untuk membuktikan kebesarannya. Besarnya seorang seniman terserlah apabila dia mampu membantu orang lain menjadi lebih baik," katanya menerusi beberapa hantaran di laman Threads pada Rabu.

Sementara itu, Fauziah berkata seorang artis senior tidak seharusnya sekadar menyuarakan pendapat, sebaliknya tahu mencari jalan bagi membantu golongan muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Seronok sambung belajar, Fauziah Nawi sasar genggam PhD... Kata-kata arwah bapa dorong semangat 

ARTIKEL BERKAITAN: Satu rumah jadi penyelamat, bantu Fauziah Nawi setiap kali kelas online... Sasar ‘graduate’ tahun depan

Malah, dia turut menitipkan pesanan dan pendapat bahawa ilmu adalah satu legasi yang harus diteruskan.

"Kita tidak mengharapkan semua artis senior menjadi guru. Tetapi apabila mereka memilih untuk bersuara tentang kelemahan pelapis, alangkah baiknya jika suara itu turut membawa penyelesaian.

"Menegur itu hak. Membimbing itu sumbangan. Mewariskan ilmu itu legasi," ujarnya.

 

 

Artikel Lain