suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teacher's Pet ‘comeback’ selepas 20 tahun menyepi, tak impi menang anugerah dengan lagu baharu

Maman nama Teacher's Pet terus mewarnai industri muzik.

PELANCARAN lagu baharu berjudul Menjelmalah Aku menjadi tanda kumpulan Teacher's Pet bakal kembali aktif dalam dunia seni selepas sekian lama menyepi.

Biarpun jarak memisahkan setiap anggota, namun vokalisnya iaitu Maman, berkata ia bukanlah menjadi penghalang untuk memperkenalkan kembali nama kumpulan tersebut.

Malah, Maman atau Rosman Lamri, 57, yakin rakan-rakannya cukup profesional dan tahu tanggungjawab masing-masing agar karya-karya mereka mendapat sambutan.

Teacher's Pet dianggotai oleh Addy (kiri), Maman dan Zul.

"Kita akan rancang mengikut jadual. Cuma masa sekarang tidak mengizinkan. Kami boleh sahaja buat latihan masing-masing di rumah dan berjumpa untuk rehearsal jika ada tawaran persembahan.

"Semua anggota pun sudah cukup profesional. Kemunculan semula ini juga sebagai bukti Teacher's Pet tidak pernah bergaduh atau berpecah. Kami hanya terpisah disebabkan komitmen," katanya.

Maman ditemui ketika sidang media Showcase Teacher’s Pet - Back To School yang berlangsung di Kepong, Selangor pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing temukan cinta Maman, akhirnya kembali berjodoh dengan pengurus 

ARTIKEL BERKAITAN: Maman dan Teacher's Pet tak pernah berpecah, perjelas punca menyepi dalam ‘Aku’

Selain Maman, kumpulan ini turut dianggotai oleh Zul selaku gitaris dan Addy (gitaris) yang menetap di Singapura, selain seorang anggota baharu iaitu Yuri (dram).

Maman yang juga merupakan seorang warganegara Singapura sebelum ini mengambil keputusan untuk memperlahankan kerjaya seni sekitar tahun 1996 demi memberi perhatian kepada penjagaan anak tunggalnya.

Bercakap tentang kemunculan semula mereka, penyanyi ini juga sudah merancang untuk menghasilkan album solo selain bersama Teacher's Pet.

Cukup Allah beri anugerah kesihatan sahaja

MAMAN 

VOKALIS TEACHER'S PET 

"Sekarang ini ada dua jalan. Yang pertama, saya sudah siapkan 15 buah lagu untuk album solo. Album tersebut tak sempat untuk saya lancarkan sebelum ini.

"Saya juga ada buat lagu baru bersama band. Kalau boleh memang mahu keluar semula bersama band, lagu solo sekadar selingan sahaja," ujarnya.

Kembali mewarnai industri muzik, Maman bagaimanapun tidak pernah meletakkan harapan agar lagu-lagu mereka bersaing dalam mana-mana anugerah.

Apa yang penting baginya adalah dapat berkongsi karya muzik bersama peminat termasuk golongan generasi muda.

Maman harap karya Teacher's Pet dapat diterima peminat baharu. 

"Untuk dikenali oleh generasi muda adalah satu cabaran. Kalau mereka nak ambil tahu, mereka akan kenal kumpulan kami. Ada rujukan tentang Teacher's Pet termasuk pernah memenangi anugerah.

"Kami tak harap akan menang anugerah. Cukup Allah beri anugerah kesihatan sahaja. Kami harap dapat kongsi karya bersama peminat," luahnya.

Bagi mengubati rindu peminat baharu dan lama, Teacher's Pet bakal mengadakan sebuah persembahan yang bertempat di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 27 Disember.

Artikel Lain