suria

Maman dan Teacher's Pet tak pernah berpecah, perjelas punca menyepi dalam ‘Aku’

Maman bakal adakan showcase untuk ubati rindu peminat dengan persembahannya.

SETELAH sekian lama tidak muncul bersama Teacher's Pet, vokalisnya iaitu Maman menyangkal dakwaan dia bersama anggota kumpulan berkenaan sudah membawa haluan masing-masing.

Maman sebaliknya berkata, kesemua anggota Teacher's Pet sebelum ini sibuk dengan kerjaya seni masing-masing namun mereka masih kekal sebagai sebuah kumpulan dan tidak pernah berpecah.

“Alhamdulillah, sehingga sekarang Teacher’s Pet tak pernah berpecah atau bergaduh. Kami semua masih lagi terbabit dengan dunia muzik.

Maman ubati rindu peminat dengan Aku.

“Misalnya, Addy (gitaris) masih lagi main untuk Ramli Sarip, Jaybon (basis) pula banyak bertindak sebagai penerbit lagu dan Salleh (dram) pula aktif di Singapura,” katanya.

Sementara itu, Maman yang terkenal dengan lagu Warisan Wanita Terakhir itu meuncul dengan sebuah album baharu berjudul Aku yang mengubati rindu peminatnya selama ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyebar fitnah berdepan tindakan tuduh Ismail Izzani hamil anak orang

ARTIKEL BERKAITAN: Mulut celupar Jocelyn Chia bawa padah, akaun Twitter dan Instagram kena gantung

Malah album Aku juga menjawab ke mana hilang dirinya selama ini dari industri seni.

“Tentu ramai yang tanya kenapa saya menyepikan diri dalam tempoh lama, apapun salah satu jawapannya ada dalam lagu-lagu yang terkandung di dalam album Aku.

"Album Aku memuatkan tujuh lagu antaranya Lafazkan, Rahsia, Kejauhan, Warisan Wanita Terakhir, Ibu, Anak dan Belaian Rindu," ujarnya.

Maman 3

Aku mengisahkan perjalanan seninya.

Bukan itu sahaja, Maman juga memberitahu dia bakal mengadakan sebuah showcase istimewa pada tahun ini khas buat peminatnya yang telah lama merindui aksinya di atas pentas.

“Saya rancang untuk adakan showcase sahaja terlebih dahulu kerana konsert agak berat, mungkin akan berlangsung pada bulan Ogos ini.

“Buat masa ini kami perlu cari lokasi yang bersesuaian untuk showcase ini. Lagipun pemilihan tempat amat penting dan paling utama ia sebagai hiburan istimewa untuk peminat,” kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain