suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azhan Rani rasa lucu, tak kecil hati Rahim Razali tersalah sebut nama... “Turun pentas macam pimpin arwah abah”

Azhan berbangga Rahim yang menyampaikan anugerah itu kepadanya.

PELAKON Azhan Rani tidak berkecil hati mahupun memandang serius apabila seniman Datuk Rahim Razali tersalah menyebut namanya sebagai 'Azman Rani' ketika mengumumkan kemenangannya pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA2026).

Sebaliknya, Azhan, 50, yang merupakan pemenang trofi Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik itu menyifatkan insiden tersebut sebagai sesuatu yang mencuit hati selain meluahkan rasa bangga dan terharu apabila trofi itu disampaikan sendiri oleh seorang tokoh seni yang amat dikaguminya.

“Terima kasih Nadia (anak Rahim) bersusah payah hubungi saya semalam. Allahuakbar, tak perlu minta maaf pun sebenarnya. Tiada isu langsung. Saya faham saja keadaan Datuk Rahim Razali yang amat saya hormati.

Azhan tidak ambil hati dengan kesilapan tersebut. 

“Jangankan beliau, yang muda-muda pun kalau berada di atas pentas yang gah macam itu boleh saja tersasul atau tersalah sebut. Saya rasa 'cute' dan lucu saja Datuk Rahim itu.

“Di usia 87 tahun beliau masih gagah berjalan atas pentas tanpa tongkat atau kerusi roda. Emak saya umur 80 tahun sudah terbaring saja sebab terlantar sakit. Ikhlas dari hati, saya tiada masalah langsung,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Isnin. 

Malah, Azhan menganggap momen berdiri sebaris dengan Rahim di atas pentas sebagai satu penghormatan tertinggi dalam kerjaya seninya.

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani hampir batal hasrat ke ASA 2026, ‘hadiahkan‘ trofi untuk ibu dan arwah bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani & Noorkhiriah ungguli ASA 2026... Rahim Razali dipilih Tokoh Seri Angkasa

“Saya lebih rasa terharu dan berbesar hati kerana Datuk Rahim sendiri yang sampaikan anugerah penuh makna kepada saya. Seorang tokoh dan juga legenda teater, drama, filem serta pengulas sukan yang sangat saya kagumi.

“Sebut saja filem arahan beliau seperti Sumpah Di Bumi Merkah, Abang, Matinya Seorang Patriot, Puteri, Anak Sarawak dan Rentak Desa, semuanya masih menjadi karya kegemaran saya sampai ke hari ini," ujarnya. 

Dalam masa sama, Azhan turut mendoakan supaya Rahim mendapat sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan kekutan untuk turus menabur bakti dalam industri.

Azhan dinobatkan Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik ASA2026. 

Azhan juga menyifatkan detik memimpin tangan Rahim pada majlis berprestij itu mengimbau kenangan bersama arwah bapanya yang telah meninggal dunia.

“Terima kasih Nadia yang sangat beradab bercakap dengan saya. Terima kasih juga kerana meminjamkan ayah sekejap di atas pentas malam itu bersama saya.

“Ketika dapat pimpin tangan beliau waktu hendak turun pentas itu, rasa macam pimpin arwah abah sendiri masa itu,” tambahnya.

Artikel Lain