PENYANYI Kaka Azraff menjelaskan perkongsiannya di laman Threads menyentuh mengenai sikap lelaki yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anak bukan ditujukan kepada mana-mana pihak.Sebaliknya, Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 37, berkata hantaran tersebut sekadar pandangan peribadi melihat kepada situasi semasa yang sering berlaku. "Tak tuju kepada sesiapa secara spesifik. Sebab ramai lelaki macam itu zaman sekarang," katanya ringkas kepada mStar.Perkongsian Kaka di Threads. Pada masa sama, Kaka juga menolak sangkaan segelintir pihak yang menganggap perkongsian berkenaan ditujukan kepada bekas suaminya iaitu Adam Azriff.Sedar perkara tersebut boleh menimbulkan salah faham, bagi penyanyi ini, tanggapan orang ramai adalah sesuatu yang tidak boleh dijangka."Tak sangka pula ramai kaitkan dengan kisah saya. Bila orang sangka begitu, saya tak boleh nak kawal. Itu di luar jangkaan dan saya bukanlah nak pertahankan sesiapa," jelasnya.ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff ‘buang‘ dendam dan kecewa, hidup lebih tenang besarkan tiga anak ARTIKEL BERKAITAN: Bukan mudah ‘co-parenting‘, Kaka Azraff sedih lihat anak pindah-randah ikut giliran jagaan... “Rasa ‘koyak‘ sangat jiwa saya tengok mereka“ Tambahnya, laman sosial juga menjadi satu platform untuk berkongsi pandangan peribadi dan bukanlah berniat untuk bercakap buruk terhadap mana-mana pihak."Bila kita buka Threads, itulah kisah yang banyak dibaca. Lelaki kalau yang nak jadi bapa tapi tak ikut standard memang kenalah."Kadang-kadang bila dah lalui fasa berpisah, jalani hidup sebagai ibu tunggal, saya nak mencari tempat untuk meluahkan. Bukan nak aibkan atau burukkan sesiapa. Luahkan sekadar untuk melepaskan," ujarnya.Kaka juga menjadi media sosial sebagai platform berkongsi luahan. Sebelum ini, dalam satu hantaran, Kaka menulis luahan rasa marah terhadap sikap lelaki yang dikatakan tidak bertanggungjawab terhadap anak.Meskipun tidak menyebut sebarang nama, namun menerusi ruangan komen, ada yang beranggapan perkara tersebut ditujukan kepada bekas suaminya.Untuk rekod, Kaka mendirikan rumah tangga dengan Adam Azriff pada 14 Disember 2018 sebelum sah bercerai talak dua pada 4 Jun lalu.Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Aslan, 7, Aryan, 5, dan Atta Adam yang kini berusia tiga tahun.