suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Benda paling kelakar“ - Dayang Areeda anggap tuduhan ubah bentuk wajah boleh undang fitnah

Dayang menafikan dakwaan melakukan perubahan pada wajah.

PELAKON Dayang Areeda menganggap dakwaan kononnya dia melakukan perubahan pada wajah perkara tidak berasas yang boleh mengundang fitnah.

Dayang atau Dayang Areeda Datu Abdul Razak, 32, berkata dia mengakui ada menjalani rawatan wajah, namun menegaskan tidak pernah melakukan sebarang prosedur untuk mengubah bentuk rupa seperti yang didakwa.

Kata Dayang, dia menganggap komen sedemikian sesuatu yang melucukan dan tidak terlalu mengambil hati dengan tanggapan orang ramai terhadap penampilannya.

"Ada yang cakap saya buat hidunglah, cakap saya buat kelopak mata. Ada pula yang kata muka saya tak nampak asli. 

Perkongsian Dayang yang dimuat naik di Threads miliknya sebelum ini.

"Kelakar kan? Memang benar saya ada buat rawatan muka tapi tak pernah ubah muka walau sedikit pun. 

"Mungkin juga dulu muka saya berisi, nampak bulat. Tak pernah terfikirlah nak buat muka," katanya ketika dihubungi mStar. 

Mengulas lanjut, Dayang memberitahu, dia tidak kisah dengan komen yang dilemparkan, namun kesal apabila ada pihak membuat andaian tidak berasas sehingga menimbulkan fitnah.

"Saya baca komen tersebut rasa kelakarlah. Macam tak ambil kisah pun sebenarnya, mulut orang kan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tutup kafe bukan sebab rugi, Dayang Areeda mulakan bisnes lebih besar

ARTIKEL BERKAITAN: Dayang Areeda tak terdesak kahwin meski usia dah meningkat, sanggup tunggu Hazeeq Dean

"Cuma itulah manusia suka buat andaian benda yang tak betul. Buat cerita tak benar. 

"Perkara tak betul tu nanti boleh jadi fitnah," ujarnya. 

Dalam pada itu, Dayang menjelaskan perubahan pada wajahnya mungkin disebabkan faktor usia selain penurunan berat badan sebanyak empat kilogram.

Kongsinya, dia kini lebih menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan makanan manis selain memperbanyakkan senaman.

"Lagi pun mungkin faktor usia juga. Dulu saya muka budak-budak. 

Faktor menjaga makan dan perubahan gaya hidup menghasilkan perubahan buat Dayang.

"Sekarang umur saya dah berapa pula, sudah tentu ada yang berubah. 

"Tambah pula selepas berat badan saya turun empat kilogram, saya dah banyak jaga makan, kurangkan manis dan banyakkan workout," katanya. 

Sebelum ini, menerusi satu hantaran di Threads, Dayang membuat luahan selepas membaca komen netizen yang mendakwa dia mengubah penampilan fizikal wajah, termasuk pada bahagian hidung dan kelopak mata.

Dayang turut menyindir sikap segelintir individu yang seolah-olah lebih mengetahui segala perkara mengenai dirinya sehingga sanggup membuat dakwaan yang tidak benar.

Artikel Lain