PELAKON Jasper Supayah tampil mempertahankan rakan selebriti, Amir Ahnaf yang kini berdepan kecaman hebat netizen susulan tindakannya meninggalkan komen berbaur lucah terhadap seorang wanita di media sosial.Jasper atau nama sebenarnya Jasper James Supayah, 33, menegaskan tiada manusia terlepas daripada melakukan kekhilafan. Malah, aktres itu turut merayu orang ramai agar tidak keterlaluan menjatuhkan hukuman terhadap bintang muda itu hanya kerana dia seorang anak seni.Menerusi satu hantaran, Jasper mendedahkan sisi Amir yang disifatkannya sebagai seorang individu sentiasa menjaga batas dan menghormati kaum wanita sepanjang mengenalinya.Jasper berkata Amir sentiasa menghormati wanita. “Ketika semua orang sedang mengecam dia dalam talian, biar saya beritahu anda tentang Amir Ahnaf. Dia seorang yang menghormati wanita. Mungkin dia melakukan kesilapan, kita semua buat silap. Kenapa mahu kecam dia hanya kerana dia seorang artis?“Dia sudah seperti adik kepada saya, anak emak, abang kepada adik-adik yang jauh merantau mencari rezeki di Kuala Lumpur ini," katanya melalui hantaran di Threads. Dalam pada itu, Jasper meminta untuk orang ramai tidak bersikap terlalu negatif terhadap individu lain. ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah terbuka jika berjodoh dengan Amir Ahnaf - “Allah yang pegang hati kita“ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Nak kecam ini sukan T20, terpulanglah“ - Amir Ahnaf abai persepsi Hyrox hanya untuk golongan ’kayangan’“Bertenanglah ya kawan-kawan, kita ini manusia banyak yang tidak sempurna. Lebih baik kita sebarkan kasih sayang dan kemaafan berbanding kebencian. Kuatkan semangat adikku,” ujarnya. Sebelum ini, nama Amir Ahnaf menjadi bualan di pelbagai platform Threads selepas tular tangkap layar memaparkan komen yang ditinggalkannya pada hantaran seorang wanita.Tindakan pelakon berusia 26 tahun itu mencetuskan kemarahan ramai pihak yang menyifatkan kata-kata berkenaan sebagai keterlaluan, tidak beradab serta berbaur gangguan seksual.