PELAKON Shaheizy Sam membuat permohonan maaf kerana restoran piza miliknya, Abdul'ss mengalami kekangan kapasiti susulan sambutan luar biasa daripada orang ramai.Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 44, turut meminta orang ramai terutamanya mereka yang merancang untuk datang dari jauh agar menangguhkan hasrat tersebut ketika ini bagi mengelakkan kekecewaan akibat terpaksa beratur terlalu lama. Jelas Sam, pada waktu ini ruang dapur dan kapasiti ketuhar di kedainya masih terhad dan belum berupaya menampung jumlah pesanan yang terlampau tinggi pada satu-satu masa.Hantaran Shaheizy Sam di Threads, “Salam semua. Sam sendiri pun terliur tengok piza Abdul'ss ini tetapi saya minta maaf sangat-sangat, kapasiti ketuhar kita ini kecil sahaja dan tidak mampu mahu sediakan untuk semua orang yang beratur panjang-panjang.“Jadi dengan rendah diri, Sam minta kalau boleh yang mahu datang dari jauh itu, hentikan niat dahulu. Boleh ke?“Bukan nak menyombong tahu, tetapi Sam tidak sedap hati bila sambut tetamu yang terpaksa menunggu sampai berjam-jam,” katanya melalui hantaran di Threads pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Shaheizy Sam tak larang Syatilla Melvin berlakon, fokus keluarga dan bisnes pilihan isteriARTIKEL BERKAITAN: 15 tahun tak bawa watak antagonis, akhirnya Shaheizy Sam jadi jahatBagi menyelesaikan masalah tersebut, suami kepada aktres Syatilla Melvin memaklumkan pihaknya sedang giat membuat penambahbaikan secara berperingkat.“Kita cuba besarkan kapasiti daripada tempat memasak sehinggalah ke ruang tempat duduk sedikit demi sedikit.“Apabila sudah bersedia nanti, Sam akan buat pengumuman rasmi, okey?” ujarnya.Sam janji untuk membuat penambahbaikan. Untuk info, pembukaan restoran piza Abdul'ss diabadikan sebagai tanda ingatan kasih terhadap arwah bapanya, Allahyarham Abdul Samad Jaaman yang meninggal dunia ketika aktor itu baru berusia 12 tahun.Lebih istimewa, Sam berkata Abdul’ss turut mempunyai kaitan dengan dirinya dan Syatilla, menerusi dua huruf ‘S’ yang mewakili mereka.Pada masa sama, pelakon filem Chelot itu menjelaskan nama Abdul’ss turut mengingatkan dirinya agar sentiasa merendah diri dan tidak melupakan kedudukan sebagai hamba Allah.