suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

15 tahun tak bawa watak antagonis, akhirnya Shaheizy Sam jadi jahat

Sam kembali membawakan watak antagonis.

SELEPAS 15 tahun tidak membawakan watak antagonis, pelakon Shaheizy Sam tidak menyangka bakal kembali membawakan karekter berkenalan menerusi filem Chelot. 

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 44, berkata, faktor kekangan tawaran watak tersebut sebelum ini kerana dia lebih kerap membawakan watak utama (hero) atau komedi.

"Lama tak dapat tawaran watak penjahat. Lepas filem Bohsia dan KL Drift 2, saya banyak dapat tawaran filem seperti Adnan Sempit dan Polis Evo. Jadi memang tak dapat peluang itu.

Sam harap wataknya diterima ramai. 

"Apabila ditawarkan kali ini, memang seronok sebab bila bawa watak jahat ini, tanggungjawab dia tidak sebesar kalau saya bawa watak utama. Watak utama kena ambil tanggungjawab ceritakan keseluruhan filem.

"Tapi kalau watak jahat, dia cuma perlu pastikan watak itu meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. Jadi rasa ringan sikitlah. Saya bersedia untuk teroka lebih banyak karakter jahat sebab kejahatan manusia ini ada pelbagai jenis," katanya ketika ditemui semasa sidang media Filem Chelot.

Mengulas mengenai penglibatannya dalam projek arahan Adrian Teh itu, Sam mengakui pada mulanya berada dalam dilema kerana perlu memberi tumpuan kepada projek lain.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shaheizy Sam nekad berhenti buat adegan mesra... “Dulu mungkin mahu berseronok, sekarang tidak lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Shaheizy Sam makin nampak potensi anak bongsu, tak halang kalau jadi pelakon

"Mula-mula tu 50/50 sebab nak fokus filem lain. Tapi bila filem itu ditangguhkan, saya hubungi Adrian balik. Bila dengar jalan cerita, saya rasa sangat menarik.

"Kesukaran bawa watak penjahat kali ini berbeza. Kalau filem popular macam Marvel atau tempatan, watak jahatnya sangat berkuasa atau 'comical'. Tapi Sam nak pergi ke arah yang betul-betul nampak manusiawi, nampak 'humble' tapi narsisistik.

"Bila watak itu terlalu lembut dan 'humble', takut tak nampak pula kejahatan yang boleh buat orang marah. Nak mengimbangi benda itulah yang buatkan ia agak susah sikit," jelasnya.

Antagonis merupakan watak yang agak sukar bagi Sam. 

Ditanya mengenai punca dia dipilih membawakan watak berkenaan, Sam memberitahu dia tidak mengetahui mengenai perkara itu.

"Saya tak tahu sebab apa. Dia cuma tawarkan dan kata dia nampak mungkin saya sesuai untuk bawa watak itu," ujarnya. 

Selain Sam, pelakon yang yang turut membintangi filem berkenaan ialah Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Nadhir Nasar dan Alicia Amin. 

Filem tersebut bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 27 Ogos ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain