suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shukri Yahaya pesan pelakon baharu jangan sombong, terlalu memilih tawaran OTT hingga tolak drama TV

Shukri tegur segelintir pelakon baharu yang dianggap sombong.

PELAKON Shukri Yahaya menasihatkan bakat baharu dalam industri seni supaya tidak terlalu memilih tawaran lakonan, khususnya dengan menolak drama televisyen semata-mata mahu mengejar projek filem atau platform penstriman Over-The-Top (OTT).

Menurut Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya, 38, drama televisyen menjadi medan terbaik buat pelakon mengasah kemampuan dan bereksperimen dengan pelbagai emosi sebelum beralih kepada naskhah yang lebih besar dan mencabar.

"Selalu sangat saya dengar skeptikal begitu. Macam pelakon-pelakon baharu sekarang pun ada yang saya dengar cakap tak nak berlakon drama, aku nak buat OTT dan filem sahaja. Bagi saya itu sombonglah.

Shukri berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

"Macam Nadhir, saya bagi nasihat untuk drama jangan tinggal sebab dalam drama kita boleh bereksperimen dengan emosi sebelum kita implikasikan ke skrip yang lebih besar dalam filem. Nadhir pun dengar kata... sebab itu kita tengok dia masih ada dalam drama," katanya ketika ditemui semasa sidang media Filem Chelot.

Bercerita mengenai perjalanan kariernya sendiri, Shukri berkata pengalaman yang ditimba menerusi lakonan drama menjadi tiang seri utama untuk dia memberikan persembahan yang lebih mantap sewaktu di set penggambaran filem.

"Apa yang saya belajar dari drama, saya bawa masuk ke dalam filem. Bezanya dalam filem, permainannya lagi 'best' sebab satu hari mungkin satu atau dua babak sahaja, jadi kita boleh fokus betul-betul pada satu babak itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shukri Yahaya tiada respons, foto tunjuk isyarat jari lucah cetus perbalahan di media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shukri Yahaya mohon maaf isu gambar isyarat jari tengah

"Sebagai pelakon, bila dapat skrip yang permainannya besar dan berat, mestilah saya suka. Saya nak buktikan juga pada orang yang selalu kata pelakon drama tak boleh buat itu, tak boleh buat ini.

"Saya nak buktikan pelakon drama sebenarnya boleh buat, cuma tak diberi peluang sahaja," ujarnya. 

Berkongsi mengenai filem terbaharunya berjudul Chelot, Shukri mengakui teruja apabila dapat bergandingan dengan nama-nama besar seperti Beto Kusyairi, Shaheizy Sam dan Nadhir Nasar.

Shukri tetap akan membuat drama televisyen meskipun selalu membintangi filem. 

"Saya pernah berlakon dengan Nadhir sebelum ini dalam drama, tapi saya tak ingat tajuknya. Nadhir memang seorang adik lah. Apa-apa pun dia akan hubungi saya. kami memang rapat, saya anggap dia macam adik betul-betul.

"Sebab pertamanya genre aksi. Kedua, ada teknik 'one-take'. Ketiganya sebab ada Beto Kusyairi dan Sam. Dan cerita aksi ini bukan tipikal aksi semata-mata, tapi ada emosi di dalamnya. Tengok skrip sahaja, saya terus kata setuju," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain