suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aprena Manrose rayu pemiutang berhenti ganggu, enggan terlibat kes hutang bekas suami

Aprena dedah dikejar pengutip hutang gara-gara bekas suami.

PELAKON Aprena Manrose merayu kepada mana-mana individu atau pihak yang menuntut hutang membabitkan bekas suaminya agar berhenti mencari dan mengganggu dirinya kerana mereka sudah tidak mempunyai kaitan.

Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 33, berkata, dia tidak mengetahui mengenai urusan hutang yang dibuat bekas suaminya, Mohd Afiq Hazman.

Jelas Aprena, dia tampil bersuara bagi membersihkan namanya daripada dituduh bersubahat.

Aprena menjelaskan dia sama sekali tidak terlibat denagn perkara tersebut. 

“Sebenarnya alang-alang kalian bertanya, saya berharap sangat kepada orang-orang yang dia pernah berhutang, tolonglah jangan cari saya lagi sebab saya sudah tiada kena-mengena.

“Memang saya tidak terlibat. Kalau boleh, tolong cari dia dan keluarga dia. Saya minta tolong sangat.

"Saya kena bersuara juga pasal perkara ini sebab tidak mahu kalian ingat saya bersubahat. Sumpah demi Allah, saya tidak tahu apa-apa,” katanya kepada mStar ketika ditemui di pelancaran minyak wangi Aurena pada Sabtu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun berkahwin, Aprena Manrose jalani rawatan kesuburan - “Sudah tiba masanya fokus nak anak”

ARTIKEL BERKAITAN: Aprena Manrose tak terkejut raya seorang, pernah lalui situasi sama tahun lalu

Aprena turut mendedahkan dirinya ada menerima mesej berbaur ugutan di laman Instagram  namun memilih untuk tidak memanjangkan perkara itu kepada pihak polis.

Mengulas lanjut mengenai jumlah hutang tersebut, Aprena memaklumkan dia tidak mengetahui angka sebenar dan hanya dimaklumkan anggaran sekitar ratusan ribu ringgit oleh individu yang menghubunginya.

Tambah aktres itu, bekas suaminya juga berkemungkinan tidak menyedari perkara berkenaan memandangkan mereka sudah tidak lagi berhubung selepas berpisah.

“Saya tidak tahu jumlah sebenar, tetapi orang yang mencari dan memberitahu saya itu memaklumkan nilainya mungkin mencecah ratusan ribu ringgit. Saya tidak mahu tersalah cakap.

Aprena dan Afiq sah bercerai pada tahun lalu. 

“Mereka mula mencari saya selepas bercerai. Sebelum bercerai dahulu memang ada saya maklumkan kepadanya, tetapi selepas berpisah saya sudah tidak bercakap dengan dia, jadi dia tidak tahu,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Aprena berkongsikan dia ada hadir ke mahkamah baru-baru ini bagi meneruskan prosiding tuntutan nafkah sebagai hak seorang isteri.

“Saya ke mahkamah untuk membuat tuntutan nafkah sebagai hak seorang isteri. Buat masa ini dia lawan balik, tetapi saya faham mungkin dia mahu mencari kata sepakat mengenai amaun yang dipersetujui.

“Kalau boleh saya berharap dia permudahkan urusan ini. Saya tahu dia seorang yang bertanggungjawab, jadi saya harap dia akan beri kerjasama, insya-Allah,” ujarnya.

Untuk info, Aprena dan Afiq mendirikan rumah tangga pada 2016 dan mengumumkan perceraian mereka pada Jun tahun lalu.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain