ANTHONY Loke masih belum bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan pada 10 November lalu.“Tidak, saya belum bertemu beliau (Anwar). Anda perlu bertanya kepada Perdana Menteri (sama ada saya masih Menteri Pengangkutan). "Bagi saya, saya sudah pun meletakkan jawatan,” katanya selepas merasmikan Konvensyen DAP Negeri Selangor di Shah Alam pada Ahad.Setiausaha Agung DAP itu meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta pada 10 November susulan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjalani baki hukuman penjara kes SRC International di bawah tahanan rumah.Ketika tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Anwar berkata dia belum menerima surat peletakan jawatan itu dan mencadangkan supaya Loke berehat sebentar.ARTIKEL BERKAITAN:Anwar nak jumpa Anthony Loke bincang isu letak jawatanPerdana Menteri berkata dia mahu berbincang mengenai perkara itu dengan Loke selain menggesa agar dia kekal dalam jawatan dan meneruskan tugasnya.Anwar turut menyifatkan Loke sebagai seorang menteri yang rajin dan boleh dipercayai, selain mempunyai rekod prestasi cemerlang serta memperkenalkan pelbagai inisiatif bermanfaat kepada rakyat di Kementerian Pengangkutan.Anwar turut mempersoalkan mengapa desakan lebih tertumpu kepada Loke berbanding isu rasuah atau kegagalan melaksanakan tugas dengan baik. - The Star.