suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juri sepakat pilih Aghniny Haque, bukti industri filem lebih terbuka - Finas

Aghniny menerima Anugerah Khas Juri di FFM35.

PENGANUGERAHAN buat pelakon asal Indonesia, Aghniny Haque sempena Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35 menjadi satu langkah agar acara besar seperti ini mula dikenali di peringkat antarabangsa.

Malah, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, pengiktirafan tersebut juga membuktikan keterbukaan industri perfileman tempatan selain kesediaan untuk terus bersaing.

"Menerusi yang pertama ini mungkin tahun depan atau seterusnya kita bersedia untuk satu anugerah buat filem Asia. Dalam perbincangan dengan negara-negara serantau mereka juga menyatakan perkara sama. Jika kita mulakan mungkin negara lain akan susuli dengan kaedah sama.

Azmir yakin industri perfileman tempatan mampu bersaing dengan negara luar. 

"Jika kita mahu strategikan Malaysia sebagai hab, ini jalan yang perlu kita lalui. Apabila kita bersedia untuk perkenal kategori Asian, maka menunjukkan kita tak takut untuk lebih terbuka.

"Idea ini datang dah lama ada dalam perbincangan. Satu kategori untuk FFM diiktiraf di peringkat luar. Inilah masa terbaik untuk mulakan," katanya selepas tamat malam kemuncak FFM35 pada Sabtu.

Pada acara berkenaan, Aghniny menerima trofi Anugerah Khas Juri menerusi lakonannya membawakan watak Melor dalam filem Khadam.

ARTIKEL BERKAITAN: Khadam menang besar FFM35 

ARTIKEL BERKAITAN: Empat kali menang FFM, Shaheizy Sam enggan ulangi fasa seberat ’Badak’

Ini merupakan pengiktirafan pertama diberikan kepada penggiat seni luar negara.

Menurut Azmir lagi, pemilihan Aghniny dibuat sebulat suara oleh barisan juri atas lakonan yang memberi kesan dalam filem Khadam yang juga memenangi kategori Filem Terbaik di FFM35.

Aghniny terharu lakonannya mendapat sambutan baik penonton. 

Sementara itu, Aghniny ketika ditemui meluahkan rasa syukur apabila hasil lakonannya mendapat sambutan baik sekali gus melayakkan dia menerima anugerah berkenaan.

"Tak percaya dapat anugerah ini, bersyukur melihat rakan-rakan industri Malaysia menyokong dan mengalu-alukan saya. Satu kebanggaan apabila karya ini diterima ramai.

"Ketika dihubungi saya mahu datang sebab untuk beri sokongan kepada filem Khadam selepas mendapat pencalonan terbanyak. Saya tak tahu akan terima anugerah ini," luahnya.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain