SUSULAN pendedahan di laman Threads berkaitan sikap buruk seorang artis baharu, penyanyi Shiha Zikir telah mengambil tindakan meminta individu berkenaan untuk menurunkan lagu yang telah diterbitkan di bawah syarikat rakaman miliknya.Malah kata Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 39, dia juga tidak mahu ada sebarang kaitan antara mereka selepas mendapat tahu sikap sebenar penyanyi itu. "Bukanlah berkira, tetapi saya rasa tak berbaloi untuk beri ruang kepada orang yang dah kutuk maki hamun saya di belakang. Saya nak beri pengajaran dan sekarang biarlah dia berusaha sendiri.Luahan Shiha di Threads. "Saya dah minta pihak dia untuk turunkan lagu yang diterbitkan di bawah syarikat saya."Saya pun cut off terus dengan orang yang perangai teruk macam ini. Bagi saya adab adalah sangat penting," katanya ketika dihubungi mStar.Penyanyi berkenaan sebelum ini pernah bekerjasama dengan Shiha mengeluarkan sebuah lagu baharu selain satu lagi yang masih dalam proses namun terpaksa dibatalkan penerbitannya.ARTIKEL BERKAITAN: Artis baharu ’kantoi’ mengumpat di belakang, Shiha Zikir syukur pihak lain buka cerita ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir lapang dada belum ada jodoh - “Boleh luangkan masa jaga mak”Enggan menyebut sebarang nama, Shiha juga memberitahu penyanyi tersebut merupakan seorang yang digilap menerusi pencarian bakat kendalian syarikat rakaman miliknya.Melihat dari sudut positif atas apa yang berlaku, Shiha juga bersyukur tidak lagi meneruskan kerjasama dengan penyanyi berkenaan."Syukur juga atas apa yang berlaku sebab sebelum ini saya pernah membantu dia untuk capai sesuatu. Tetapi dalam tempoh setahun lebih nampak tidak ada sebarang perubahan."Tidak ada gunanya jika hanya saya yang bersungguh-sungguh," ujarnya.Shiha kecewa dengan sikap seorang artis baharu. Pada masa sama Shiha juga mendakwa isu ini turut melibatkan seorang bekas pekerja yang menjadi dalang bercakap buruk tentang dirinya.Lebih mengecewakan apabila kata-kata buruk itu turut dilemparkan kepada ibunya yang kini sedang berdepan masalah kesihatan."Saya terkejut sebab perkara ini juga melibatkan seorang bekas pekerja. Dia sanggup buat group WhatsApp untuk kutuk dan fitnah saya."Saya sudah berdepan dengan beberapa orang terlibat, tetapi apabila bersemuka tidak ada pula yang mengaku," luahnya. TONTON VIDEO PILIHAN!