Sikap tidak bertimbang rasa anak-anak membuatkan ibu bapa berasa kurang selesa untuk tinggal bersama. -Gambar hiasan AI
BARU empat bulan menumpang di rumah anak, seorang wanita dan suaminya meluahkan ingin mencari tempat tinggal baharu apabila menyedari kehadiran mereka tidak disenangi.Berkongsi situasi yang berlaku, ujarnya, dia dan suami kini tinggal bersama anak lelaki yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata. Bagaimanapun hasrat berpindah masih belum dapat direalisasikan kerana belum mampu menyediakan wang deposit rumah sewa."Bayangkan aku dan suami terpaksa tebalkan muka menumpang di rumah anak yang tak suka kami tinggal bersama.Seorang ibu tidak sepatutnya berasa takut di rumah anaknya sendiri. -Gambar hiasan AI"Kami tidak ada masalah nak bayar sewa bulanan cuma wang pendahuluan untuk rumah sewa itu yang susah nak dapat," luahnya di Threads.Ketegangan hubungan anak-beranak yang tercetus membuatkan dia asyik terperap di dalam bilik bagi mengelak sebarang konflik.Ceritanya, dia hanya akan keluar dari bilik untuk memasak, makan atau menggunakan tandas.Wanita itu dan suaminya sudah empat bulan menumpang di rumah anak lelaki yang berkeluarga dan mempunyai dua cahaya mata.Dia mahu berpindah kerana merasakan kehadiran mereka kurang disenangi. Katanya, mereka mampu bayar sewa bulanan, cuma sukar menyediakan deposit.Dia banyak menghabiskan masa di dalam bilik dan hanya keluar untuk memasak, makan atau menggunakan tandas.Pasangan itu sanggup menyewa rumah kampung yang lama terbiar dan membersihkan sendiri semak samun. Rumah satu atau dua bilik pun memadai.Luahannya di Threads mengundang simpati, malah ada warga maya cuba membantu mereka mencari tempat tinggal.Ringkasan ini dijana oleh AI"Seharian terperap dalam bilik, saya hanya keluar memasak, makan dan pergi tandas sahaja," luahnya berkongsi rutin kehidupan di rumah anaknya.Keadaan yang tidak selesa itu mendorongnya meminta bantuan orang ramai yang mengetahui jika mempunyai maklumats mengenai rumah untuk disewa dengan deposit berpatutan."Rumah ada semak samun pun tak apa. Kami boleh bersihkan. Tak kisah satu atau dua bilik," tambahnya sayu.ARTIKEL BERKAITAN: Niat tumpang makan di rumah mak bertukar drama air mata, wanita ternampak baki akaun bapa RM1.09... Rasa diri gagal sebagai anak sulungARTIKEL BERKAITAN: “Tiga empat hari je pun!“ - Wanita kerja ‘oversea’ jauh hati, ibu bapa selamba bagi saudara tumpang rumah baru tanpa izinSituasi dikongsikannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati dan cuba membantunya keluar daripada kemelut dihadapi."Walaupun anak sendiri tapi memang boleh jadi musuh kalau duduk sekali."Macam manalah nasib aku kalau dah tua nanti, anak-anak pun ada komitmen mereka."Patutlah ada pepatah, harta ibu bapa boleh jadi harta anak tapi harta anak tak mungkin jadi harta ibu bapa," demikian reaksi netizen.