suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shaheizy Sam enggan berharap menang FFM35, terpulang selera juri - “Belum tahu siapa dapat“

Sam bersyukur tercalon FFM35.

TERSENARAI sebagai salah seorang calon di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35, pelakon Shaheizy Sam memberitahu dia tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi untuk menggungguli trofi Pelakon Lelaki Terbaik.

Biarpun namanya antara yang menjadi sebutan, namun bagi Sam atau Shaheizy Sam Abdul Samad, 44, setiap individu termasuk barisan juri FFM35 mempunyai pendapat berbeza dalam memilih calon pemenang.

"Dalam lakonan tiada yang betul dan tiada yang salah. Bergantung kepada cita rasa orang yang menilai itu nanti. Boleh jadi orang yang menilai itu cita rasanya dengan lakonan saya, mungkin juga kepada pelakon lain.

Sam sanggup mengubah bentuk fizikal demi filem Badak. 

"Belum tentu lagi siapa yang akan dapat. Saya pun tidaklah letak harapan," katanya kepada mStar.

Sam tercalon dalam kategori berkenaan menerusi lakonannya sebagai seorang bapa dalam filem berjudul Badak.

Mengimbau kembali usahanya untuk menghidupkan watak, pelakon ini sanggup menaikkan berat badan selain mempelajari bahasa isyarat sebagai salah satu elemen yang diketengahkan dalam filem berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: FFM35 malam ini rai semangat perpaduan dalam sinema Malaysia, lima filem ungguli pencalonan 

ARTIKEL BERKAITAN: CEO Finas anggap industri semakin baik, lebih 10 filem kutip atas RM10 juta

"Tukar penampilan itu sesiapa sahaja boleh buat. Saya letak inisiatif sendiri dan kalau boleh nak nampak berbeza dalam setiap filem.

"Apa lagi yang kita boleh buat? Suara dan cara percakapan mungkin sama. Sekurang-kurangnya dengan mengubah penampilan saya dapat puaskan hati sendiri," ujarnya.

Calon kategori Pelakon Lelaki Terbaik FFM35. 

Sebagai sokongan terhadap industri filem, Sam juga pastinya akan hadir pada malam kemuncak FFM35 yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Selain Sam, pelakon lain yang turut tercalon dalam kategori sama ialah Datuk Eman Manan menerusi filem 3 Hajat, Idan Aeden (Abah Saya Uncle Mike), Beto Kusyairy (Gayong 2) dan Amerul Affendi (Libang Libu).

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain