suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Norman Hakim bangga Marissa beli BMW hasil bisnes sendiri, pesan anak bayar zakat

Norman bangga melihat kejayaan Marissa.

PELAKON Norman Hakim meluahkan rasa bangga terhadap anak perempuannya, Marissa Dania yang berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenama BMW hasil titik peluh dan kerja kerasnya dalam bidang perniagaan.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik, Norman atau Mohamed Nurhaki Zaidon, 50, menyifatkan pencapaian memiliki kenderaan ketiga itu sebagai ganjaran berbaloi atas disiplin serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh Marissa selama ini.

"Tahniah anak. Awak sudah bekerja sangat keras dan membuktikan kebijaksanaan, disiplin serta keazaman mampu membawa awak melangkah jauh. 

Norman harap Marissa terus berusaha untuk capai kejayaan. 

"Awak memang layak menghadiahkan diri sendiri dengan 'mainan ketiga' ini,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram pada Sabtu. 

Dalam pada itu, Norman turut menitipkan pesanan agar Marissa sentiasa menjaga keberkatan rezeki dengan tidak mengabaikan kewajipan zakat dan istiqamah dalam bersedekah.

Malah, dia mengingatkan anaknya supaya menggunakan platform perniagaan untuk memberi manfaat kepada masyarakat dan negara melalui tanggungjawab pembayaran cukai.

“Ingat pesan Papa, jangan sesekali abaikan zakat. Terus istiqamah dalam bersedekah dan jadikan platform perniagaan yang dibina sebagai jalan untuk memberi manfaat kepada masyarakat dan negara melalui tanggungjawab cukai dengan amanah.

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa Dania terus pulang selepas prosiding cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa Dania kesal salah faham isu jemputan Abby Abadi ke majlis hari lahir

“Kejarlah reda Allah dan kebahagiaan akhirat, insya-Allah dunia akan menyusul dengan izin-Nya. 

"Terus berdoa dan berusaha kerana sesuatu yang terasa mustahil bagi kita tidak pernah mustahil bagi-Nya,” ujarnya. 

Untuk info, Marissa merupakan anak kedua daripada tiga beradik hasil perkahwinan bersama Norman dan juga Abby Abadi sebelum ini. 

Selain Marissa, Norman dan Abby yang bercerai pada 2009 itu mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 23 dan Danisha Hakim, 18.

Artikel Lain