suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penganjur utamakan artis luar, Masdo saran anak seni tempatan tonjol kemampuan

Kugiran Masdo berjaya serlahkan karya di Indonesia.

TIDAK mahu menyalahkan penganjur festival muzik yang dilihat lebih mengutamakan band antarabangsa, Kugiran Masdo berpendapat anak seni tempatan perlu berusaha lebih keras untuk membuktikan kemampuan masing-masing.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, vokalisnya, Ali Sariah, 34, berkata band tempatan seharusnya mencari peluang untuk menonjolkan keistimewaan serta kelebihan mereka bagi menarik perhatian penganjur acara.

“Apabila keadaan sudah jadi begitu, kita perlu melihat apa yang boleh ditawarkan sebagai sebuah band atau artis kepada penganjur acara dan promoter.

Masdo terdiri daripada tiga anggota iaitu Putu Ceri (kiri), Asmawi dan Ali.

“Kita kena buat kerja lebih keras untuk mencuri perhatian orang dan mendapatkan peluang membuat persembahan di festival besar.

“Lebih baik kita berfikir daripada sudut itu berbanding terus mengkritik atau menyalahkan pihak tertentu kerana membawa band luar. Saya rasa kita sendiri perlu melakukan sesuatu,” katanya.

Mereka yang berjaya menembusi pasaran Indonesia sekali gus mengadakan siri jelajah di Bandung, Jakarta dan Bali, Indonesia mengakui tidak menyangka karya mereka mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat di negara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nidji, Masdo antara tarikan NU Fest... Gabungan barisan artis rentas generasi

ARTIKEL BERKAITAN: Masdo siap sedia ‘panaskan badan’, janji kejutan buat peminat

Katanya mereka melihat peningkatan jumlah penstriman lagu di platform digital sebagai petanda positif bahawa muzik mereka semakin diterima pendengar di Indonesia.

“Memang tidak disangka, muzik kami diterima baik oleh peminat Indonesia, sekali gus membuktikan bahawa penstriman lagu di platform digital meningkat luar biasa. Jadi, kami rasakan berbaloi ke sana.

“Maksudnya, kehadiran kami di Indonesia untuk mengadakan persembahan ada hasilnya dan bukan sekadar muncul untuk membuat persembahan. Apatah lagi di sana, peminat banyak mendengarkan lagu sahaja,” ujarnya.

Antara petanda paling besar sesebuah lagu itu sudah diterima di sana.

ALI SARIAH 

VOKALIS MASDO

Dalam pada itu, mereka turut bersyukur apabila lagu-lagu Masdo mula mendapat perhatian beberapa stesen radio di Indonesia.

Ali berkata, antara petanda paling jelas sesebuah lagu diterima masyarakat di negara itu adalah apabila ia mula dimainkan pengamen atau pemuzik jalanan.

“Bagi saya, antara petanda paling besar sesebuah lagu itu sudah diterima di sana adalah apabila pengamen mula memainkan lagu kita.

“Pernah juga ketika kami sedang makan di sebuah kedai di sana, tiba-tiba ada orang datang membuat persembahan dengan menyanyikan lagu kami. Lucunya, dia langsung tidak tahu bahawa kami sebenarnya kumpulan yang menyanyikan lagu tersebut,” katanya.

Masdo berjaya lakukan jelajah di Indonesia.

Sementara itu, Masdo mengakui masih terdapat segelintir peminat di Indonesia yang keliru dengan identiti kumpulan tersebut sehingga menyangka mereka berasal dari negara berkenaan.

Justeru, mereka mengambil pendekatan memperkenalkan diri sebagai kumpulan muzik dari Malaysia setiap kali mengadakan persembahan di sana bagi mengelakkan kekeliruan.

“Di Indonesia juga ada kumpulan yang menggunakan nama Masdho, cuma mereka berasal dari Solo dan membawakan muzik dangdut.

“Jadi, apabila kami membuat persembahan di sana, mereka akan tahu bahawa kami merupakan band dan artis yang berbeza,” katanya.

Artikel Lain