suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ismail Lasim kekal MB Negeri Sembilan, hairan surat peletakan jawatan boleh sampai ke istana

Ismail Lasim kekal Menteri Besar Negeri Sembilan.

 

ISTANA Negeri Sembilan menitahkan supaya Datuk Ismail Lasim kekal sebagai Menteri Besar negeri itu.

Ismail berkata, perkara tersebut disampaikan kepadanya ketika menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Hinggap pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada baginda seperti didakwa pihak tertentu.

Menurut Ismail, surat berkenaan memang wujud, namun beliau tidak pernah memberikan kebenaran kepada sesiapa untuk menyerahkannya kepada pihak istana.

"Memang ada surat peletakan jawatan, tetapi saya tidak memberikan kebenaran kepada sesiapa untuk menyerahkannya kepada pihak istana," katanya kepada pemberita.

Terdahulu, kenderaan yang membawa Ismail dilihat memasuki pekarangan Istana Hinggap pada pukul 10.18 pagi.

Ia merupakan kali kedua beliau menghadap Tuanku Muhriz minggu ini selepas pertemuan pada Selasa.

Rombongan Tuanku Muhriz pula dilihat memasuki pekarangan istana sekitar pukul 9.30 pagi, diikuti Undang Rembau, Datuk Hassan Ab Hamid; Undang Sungai Ujong, Datuk Muhammad Faris Johari; Undang Jelebu, Datuk Azrin Khairi serta Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz. -The Star

Artikel Lain