suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu ’penebat’ Sweet Qismina, sekat gangguan nakal di set penggambaran

Sweet (kiri) bersyukur kerana sentiasa ditemani ibunya.

BERLAKON sejak kecil, pelakon Sweet Qismina meluahkan rasa syukur kerana tidak pernah berdepan pengalaman buruk sepanjang berada di set penggambaran.

Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 29, berkata kehadiran ibunya, Misnah Atan yang sentiasa menemani setiap urusan kerja menjadi antara faktor dia berasa lebih selamat sepanjang bergelar anak seni.

“Alhamdulillah sepanjang berada dalam industri, daripada kecil hingga dewasa semuanya baik-baik saja. 

“Saya rasa sangat bersyukur tetapi mungkin kalau nak tanya ada yang menggatal atau ajak pulang bersama, memang ada namun mereka tak terlalu berani kerana saya sentiasa ditemani mama. 

Sweet  akan memastikan setiap pelakon lelaki mengenali ibunya terlebih dahulu.

“Mama ada 24 jam dengan saya, kalau ada sebarang isu atau apa saja memang mama ada disebelah saya," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Sweet memberitahu meskipun dirinya tidak pernah berdepan situasi yang serius, dia tidak menolak kemungkinan segelintir pelakon wanita lain pernah melalui pengalaman kurang menyenangkan ketika bekerja.

Menurut pelakon filem Babah itu, sebaik sahaja mula membawa watak utama dan mempunyai pasangan lakonan, dia mengambil langkah awal dengan memastikan setiap pelakon lelaki mengenali ibunya terlebih dahulu.

“Bagi pihak saya mungkin berada dalam keadaan selamat, tapi saya tak tahu untuk artis lain sama ada pelakon cilik atau pelakon wanita ada melalui pengalaman buruk di set penggambaran. 

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah dan saiz tak boleh diubah, Sweet Qismina kongsi cabaran pelakon ‘stuck’ dalam imej kanak-kanak

ARTIKEL BERKAITAN: Sweet Qismina pesan orang ramai jaga mulut ulas isu TTC

"Bila dah masuk fasa jadi heroin dan ada pasangan lakonan, apa yang saya buat adalah minta mereka (pelakon lelaki) jumpa mama dulu untuk berbincang tentang batas lakon. 

"Selepas itu apabila bertemu Adam (suami), kami jadi pasangan kekasih pula. Hubungan kami diketahui ramai kerana pelakon industri perlu hormat status kami. Jadi tak timbul isu ambil kesempatan," ujarnya. 

Mengulas lanjut, Sweet menjelaskan dia lebih selesa segala urusan berkaitan kerjaya diuruskan ibunya kerana tidak semua individu yang ditemui sepanjang bekerja dalam industri seni dikenali secara peribadi.

Malah, aktres berkenaan menganggap kehadiran ibu sebagai satu bentuk perlindungan yang memberikan ketenangan ketika menjalani penggambaran.

Sweet (kanan)  sentiasa ditemani ibu sepanjang berada di set penggambaran.

"Saya memang akan kenalkan rakan lakon kepada mama terlebih dahulu kerana kita tak tahu apa yang berlaku nanti. 

"Bukan rakan lakon saja, kru produksi juga kita tak tahu macam mana kan. Jadi bagi pihak saya akan rasa lebih selamat kalau mama sentiasa ada. 

"Apa-apa memang melalui mama untuk uruskan semua, itu sebab orang kata saya selalu dibawah ketiak mama," katanya. 

Untuk rekod, Sweet mula menceburi bidang lakonan ketika berusia sembilan tahun sebagai pelakon kanak-kanak, sebelum dikenali ramai menerusi siri TV Hikayat Putera Shazlan pada tahun 2008.

Artikel Lain