suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan artis kontroversi punca stesen TV tolak nama Putri Jannah

Jannah berlapang dada penolakkan yang diterimanya.

GARA-GARA tiada kontroversi, pelakon Putri Jannah terpaksa berlapang dada apabila namanya ditolak daripada membintangi sebuah drama.

Ibu yang juga pengurusnya, Azie, berkata alasan diberikan pihak produksi itu agak mengejutkan apabila mereka diberitahu stesen televisyen hanya mahu artis yang mempunyai kontroversi atau tular bagi menjayakan sesebuah naskhah.

Menurut Azie, sebelum ini Jannah sering ditolak atas alasan wajahnya masih kelihatan seperti pelakon kanak-kanak walaupun kini sudah berusia 22 tahun.

Azie akan pastikan Jannah tidak terpalit dengan mana-mana kontroversi.

"Awalnya seorang pengurus produksi menghubungi saya untuk meminta profil Jannah bagi satu tawaran baharu. Saya berikan seperti biasa.

"Tetapi sejam kemudian mereka menghubungi saya semula dan berkata, 'Maaf, stesen televisyen tolak sebab Jannah bukan artis viral. Mereka nak yang ada kontroversi.'

"Saya terdiam sekejap. Saya tidak marah, cuma sedih tetapi dengan tenang saya jawab tidak mengapa kerana saya percaya pada rezeki. Sebelum ini tidak pernah pula dia ditolak kerana tiada kontroversi," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua dekad terpisah, akhirnya bertemu... Putri Jannah sebak dapat jumpa abang kandung pemain bola sepak

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Puteri Jannah didakwa beli ‘likes’ selesai... Penganjur KNKV Viral Award 2024 perjelas salah faham, bukan tuduh tapi sekadar ‘alert’

Berkongsi mengenai keadaan Jannah, Azie mengakui ada kalanya anaknya itu seakan-akan hilang semangat selepas berdepan situasi berkenaan.

Bagaimanapun, minat mendalam terhadap bidang lakonan membuatkan Jannah terus kuat dan tidak berputus asa walaupun sudah 10 tahun bergelar anak seni.

Katanya, Jannah mahu menjadi seperti anak seni yang bernilai dan bukan sekadar mengejar populariti semata-mata.

Semangatnya masih kuat sebab dia memang suka bidang lakonan.

AZIE

IBU PUTERI JANNAH

"Secara jujurnya, kadang-kadang nampak dia seperti sudah mengalah tetapi semangatnya masih kuat sebab dia memang suka bidang lakonan.

"Sekarang Jannah sedang berdiet kerana ramai yang mengatakan badannya agak berisi. Itu antara perkara yang boleh dia usahakan, tetapi kalau ketinggian memang tidak boleh diubah," ujarnya.

Tidak hanya Jannah, adiknya, Qaseh Izwandy turut berdepan situasi sama apabila bakat lakonannya dikatakan masih belum mendapat pengiktirafan sewajarnya.

Azie berkata, walaupun Qaseh pernah merangkul trofi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-31 selain membintangi pelbagai drama dan filem, bakat anaknya itu juga masih belum mendapat perhatian yang diharapkan.

Bakat Qaseh juga masih belum dilihat orang ramai.

"Masih ramai yang tidak menghargai bakat yang dia ada. Mungkin sebab dia bukan daripada kalangan orang ternama atau dari segi rupa paras, dia biasa-biasa sahaja," kongsinya.

Dalam pada itu, Azie berpendapat landskap industri seni ketika ini semakin berbeza berbanding dahulu apabila populariti di media sosial seolah-olah menjadi antara ukuran untuk seseorang mendapat peluang berlakon.

Katanya, situasi itu berbeza dengan zaman dahulu apabila bakat menjadi keutamaan untuk seseorang bergelar pelakon.

Namun dia bersyukur apabila terdapat beberapa pengarah masih lagi menghargai bakat anak-anaknya walaupun tidak mempunyai kontroversi.

"Sekarang mudah nak jadi artis, tidak macam dahulu. Bakat yang utama, tetapi sekarang kalau pengikut ramai pun sudah boleh jadi pelakon," ujarnya.

Artikel Lain