suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Uji Rashid mahu tunai badal haji buat Cico, realisasi hasrat arwah

Uji (kiri) berkongsi antara impian Allahyarham Cico yang masih belum tercapai.

PENYANYI veteran, Uji Rashid berhasrat melaksanakan badal haji buat anaknya, Allahyarham pelakon Cico Harahap bagi menunaikan impian yang pernah diluahkan arwah ketika hayatnya.

Uji atau Fuziah Ahmad Rashid, 73, berkata hasrat itu timbul kerana Cico pernah meluahkan keinginan untuk menunaikan umrah ketika berdepan masalah kesihatan.

Menurut Uji, dia bagaimanapun meminta Cico memberi keutamaan kepada kesihatan terlebih dahulu sebelum merancang perjalanan ke Tanah Suci.

Uji mahu menunaikan impian anaknya.

“Ketika dia sakit, Cico ada berpesan kepada Rindu untuk membawanya menunaikan umrah. Pada saat itu saya minta dia (Cico) sihat dulu.

“Jadi, insya-Allah, saya sendiri berhasrat merealisasikan hasrat itu. Saya akan mendapatkan khidmat agensi untuk menguruskan perjalanan berkenaan.

“Insya-Allah, mungkin tahun depan atau pada bila-bila masa yang sesuai,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cico Harahap meninggal dunia akibat sesak nafas

ARTIKEL BERKAITAN: Uji Rashid jawab spekulasi keberadaan bapa Cico, bekas suami sudah meninggal September lalu

Dalam pada itu, Uji memberitahu Cico turut mempunyai pelbagai perancangan lain yang tidak sempat direalisasikan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Antaranya, Allahyarham pernah menghasilkan sebuah lagu dan mahu penyanyi Ayai Ilusi menyampaikan karya itu bersama dirinya serta anak perempuan, Rindu Nur Fitrah.

“Sebelum itu dia ada buat lagu dan dia nak abang Ayai (Ilusi) nyanyikan lagu itu bersamanya dan anaknya, Rindu.

“Besar betul cita-cita dia, macam-macam dia nak buat. Saya selalu pesan suruh dia sihat dulu, dia kena sihat.

“Banyak kehendak dia termasuk buat konsert,” ujarnya.

Cico (kanan) meninggal dunia pada 8 November 2026.

Pada 8 November lalu, Cico disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi di Hospital Ampang, Selangor akibat sesak nafas.

Jenazah Allahyarham kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang.

Allahyarham meninggalkan seorang anak perempuan, Rindu Nur Fitrah, 18, hasil perkahwinan bersama bekas isterinya, Nur Fuziani Abdullah.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain