PENYANYI Ali XPDC terpaksa dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada petang Rabu susulan masalah kesihatan yang dialami.Perkara tersebut dikongsi oleh seorang rakannya iaitu Ejay Daie yang memberitahu keadaan Ali dilihat tidak berapa baik sehingga dia nekad membawa penyanyi itu ke IJN. "Sebelum ini saya selalu berjumpa dan pantau keadaan dia. Semalam (Rabu) saya nampak mukanya pucat dan keadaan lemah. Nampak keadaannya teruk sangat. Pada awalnya dia tak mahu pergi ke IJN, tetapi saya dan seorang lagi rakan pujuk dan bertanya juga kepada keluarga.Ali kini dilaporkan stabil. "Dia risaukan kos rawatan, tetapi saya katakan jangan fikir tentang perkara itu. Saya dan rakan-rakan lain akan usaha carikan untuk dia," katanya ketika dihubungi mStar.Ejay sebelum itu turut berkongsi perkara sama berserta gambar Ali yang dilihat memakai alat bantuan pernafasan.ARTIKEL BERKAITAN: “Tak boleh nyanyi nada betul“ - Ali XPDC abai hasrat buat persembahan, fokus jaga kesihatan ARTIKEL BERKAITAN: Mengadu sesak nafas, Ali XPDC kena serangan jantungSementara itu, anak kepada Ali, Wan Aliuddin Aqiel atau Aqiel, memaklumkan keadaan bapanya kini stabil dan ditempatkan di unit rawatan koronari (CCU)."Bapa telah dipindahkan ke wad CCU dan keadaannya nampak stabil berbanding sebelum ini," katanya ringkas berkongsi perkembangan pada pagi Khamis.Ali atau Mohd Ali Ismail, 58, sebelum ini sudah beberapa kali menerima rawatan akibat masalah jantung.TONTON VIDEO PILIHAN!