Ahli keluarga dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan sikap adil dan bertolak ansur apabila tinggal di bawah satu bumbung. -Gambar hiasan AI
NIAT mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik akhirnya mencetuskan konflik kekeluargaan apabila tindakan itu dipersoalkan nenek sendiri.Menurut gadis berusia 22 tahun itu, disebabkan mereka sekeluarga tinggal serumah termasuk nenek dan saudara lain, sebarang makanan yang dibawa balik sering menjadi perhatian.Ceritanya, dia membeli empat batang aiskrim jenama terkenal semasa promosi 'beli satu percuma satu' (B1F1) di sebuah kedai serbaneka, selain satu lagi perisa secara rawak untuk lima orang adik-beradiknya.Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan neneknya yang mempertikaikan mengapa dia tidak belikan aiskrim untuk seluruh isi rumah, terutamanya cucu kesayangan wanita tua itu.Menjaga hati setiap ahli keluarga agar tiada sesiapa berasa tersisih atau dipinggirkan bukanlah satu hal mudah. -Gambar hiasan AI "Adik-beradik saya ada lima orang jadi cukup la aiskirim tu seorang satu. Tiba-tiba opah marah saya sebab tak belikan untuk satu rumah, khususnya dekat cucu kesayangan dia."Saya cakap dekat nenek, saya beli untuk adik-adik saya je. Kenapa nak kena beli untuk semua orang. Ini saja yang saya mampu sebagai seorang berstatus pelajar."Lepas tu opah kata kalau tak mampu nak beli, lebih baik tak payah beli apa-apa. Entah la saya rasa tidak adil. Nak belanja adik sendiri pun jadi macam tu," luahnya.Situasi menjadi semakin panas apabila salah seorang adiknya mengambil keputusan untuk berkongsi aiskrim tersebut dengan cucu kesayangan nenek mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Ada cucu kesayangan, terang-terangan pilih kasih.... Menantu 'angin' sikap ibu mentua - "Tak boleh tengok anak aku lawa"ARTIKEL BERKAITAN: Mentua minta 'berkorban' tukarkan anak ke sekolah biasa, tolong sara cucu kesayangan... Wanita puas hati dengar jawapan suami"Adik saya nombor tiga tu bagi separuh aiskrim dia dekat cucu kesayangan opah sebab kesian. Tapi tahu tak apa cucu kesayangan dia buat? "Plastik aiskrim tu dia buang je bawah kerusi sampai bersemut. Apabila saya suruh kutip, dia buat bodoh je. Kejadian tu depan mata opah, tapi dia masih nak jaga perasaan cucu kesayangan."Sebab kejadian tu juga, pertama kali sepanjang hidup ni saya tinggikan suara dekat opah. Semua sebab budak tu, benci," jelasnya lagi.Seorang gadis beli aiskrim Magnum untuk adik-beradik.Opah marah kerana tak beli untuk semua seisi rumah.Cucu kesayangan opah turut terima separuh aiskrim.Plastik aiskrim dibuang bawah kerusi hingga bersemut.Gadis 22 tahun pertama kali tinggikan suara kepada opah.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang memberikan sudut pandang berbeza tentang etika membawa balik makanan ke rumah yang didiami ramai ahli keluarga."Ni 'peraturan' kehidupan saya nak bagi nasihat. Kalau beli makanan tapi tak cukup untuk satu rumah, jangan bawa balik."Kalau nak bawa balik ke rumah juga, kena sorok betul-betul dan makan dalam bilik serta pintu wajib dikunci. Ini bukan cara kedekut tapi common sense."Saya tak menyebelahi tindakan opah atau cucu kesayangan. Cuma nak melawan tu boleh, tapi dengan cara minta duit dekat opah. Minta dia belanja sekali dengan adik-beradik awak bagi adil," katanya memberi pendapat.