suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis tak berani tegur ‘roommate’ abai solat lima waktu, beri alasan iman masih lemah - “Saya takut kena soal di akhirat”

Mengajak seseorang ke arah kebaikan juga merupakan satu jihad. -Gambar hiasan AI

SOLAT merupakan kewajipan utama yang tidak seharusnya dipandang ringan oleh umat Islam.

Menurut seorang gadis, dia kini dilema apabila terpaksa tinggal sebilik dengan individu yang mengabaikan solat lima waktu.

Menurut gadis itu, dia hanya mampu mendoakan rakan sebiliknya berubah, namun masih belum memiliki keberanian untuk menegur atau menasihatinya.

United in prayer: Muslim taking part in evening mass prayers known as ‘Terawih’ to welcome the holy fasting month of Ramadan at the The National Mosquein Kuala Lumpur. — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Solat merupakan kewajipan bagi setiap umat Islam. -Gambar hiasan AI

"Saya selalu doakan supaya Allah buka hati dia untuk solat. Saya sebagai orang yang lemah iman masih takut untuk tegur dia tak solat.

"Solat lima kali sehari, tak sampai 10 minit pun. Saya takut saya kena soal kat akhirat sebab tak tegur dia. Harap satu hari nanti saya berani untuk tegur.

"Kita sebagai Muslim, sejahat mana pun diri ini, janganlah tinggal solat," tulis gadis.

  • Gadis kongsi kisah rakan sebiliknya yang meninggalkan solat lima waktu.
  • Setakat ini, dia masih belum berani untuk menegur sikap rakan sebiliknya itu.
  • Menurut gadis itu, dia hanya mampu mendoakan agar rakan sebiliknya berubah.
  • Ramai netizen turut berkongsi pengalaman mereka melalui situasi sama sebelum ini.

Di ruangan komen, ramai yang turut berkongsi situasi sama dilalui mereka bersama rakan serumah.

Malah, ada yang turut berkongsi cara serta kaedah untuk menasihati individu berkenaan secara berhemah.

"Awak boleh ajak dia secara santai. Itu dikira tegur secara lembut dan berhemah. Cakap je, jom solat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda serba salah kerja sebagai operator gudang, dakwa terlalu sibuk susun barang hingga tiada masa untuk solat

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat ‘missed call’ 30 kali masa tengah solat, tindakan wanita ini akhirnya buat bos ‘terduduk’ selepas dua bulan

"Saya pun pernah dalam situasi itu. Selepas beberapa minggu tengok saya solat, tiba-tiba mereka juga cuba solat.

"Terbaik dik. Jadilah rakan sebilik yang baik. Semoga dia diberi hidayah. Cuba ajak dia berjemaah.

"Antara cara untuk ajak mereka solat adalah dengan tunjuk yang solat tu tak susah pun sebenarnya," tulis beberapa pelayar Threads.

Artikel Lain