suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ambil tahu ‘kesihatan kewangan’ pasangan sebelum kahwin, disiplin bayar hutang antara 5 perkara perlu diberi perhatian

Semakan CCRIS dan CTOS boleh membantu pasangan memahami kedudukan kewangan masing-masing. -Gambar hiasan AI

BANYAK kes penceraian disebabkan faktor kewangan dan bebanan hutang yang memberi teknaan kepada hubungan suami isteri.

Justeru, penting bagi bakal pasangan suami isteri mengambil tahu tahap 'kesihatan kewangan' masing-masing sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Ini termasuk menyemak rekod kredit menerusi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan Agensi Pelaporan Kredit (CTOS) bagi mengetahui komitmen hutang serta disiplin kewangan bakal pasangan.

Pakar kewangan, Dr Azizul Azli Ahmad mengingatkan bahawa semakan berkenaan wajar dijadikan antara langkah persediaan sebelum mendirikan rumah tangga.

"Sebagaimana ujian HIV diperlukan sebelum kahwin, semakan CTOS dan CCRIS juga penting untuk mengetahui tahap kesihatan kewangan pasangan," katanya.

Menurutnya, langkah itu boleh membantu pasangan mengenali kedudukan kewangan bakal suami atau isteri sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian seorang wanita yang mendedahkan dia pernah menyemak rekod CCRIS dan CTOS bakal suaminya kira-kira lima tahun lalu.

Menurut wanita itu, dia mula mengenali lelaki berkenaan pada pertengahan Februari 2021 sebelum membuat semakan rekod kredit pada minggu pertama Mac tahun sama.

Selepas mendapati rekod kredit bakal suaminya berada pada tahap sempurna, barulah dia meneruskan hubungan ke fasa seterusnya.

"Untuk saya, semak rekod CCRIS dan CTOS ini berfungsi untuk memastikan pasangan, khususnya lelaki yang bakal menjadi suami, faham apa itu tanggungjawab.

"Dia faham bahawa hutang itu satu tanggungjawab. Kalau hutang sendiri pun dia culas nak bayar, macam mana nak uruskan nafkah isteri dan anak-anak selepas kahwin?" katanya.

Lebih menarik, wanita itu turut berkongsi sikap suaminya yang sangat menjaga soal hutang sehingga wang sekecil 20 sen sekalipun akan dibayar semula sekiranya digunakan.

Malah, setiap dua atau tiga minggu, suaminya tidak pernah lupa bertanya sama ada terdapat sebarang wang milik isterinya yang masih belum dibayar.

"Jangankan RM100, kalau terguna duit saya 20 sen pun dia akan bayar balik.

"Setiap dua atau tiga minggu dia akan tanya saya, I ada hutang you atau terguna duit you apa-apa tak? Tak pernah terlepas bertanya," ujarnya.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian sebelum berkahwin ialah:

1. Semak rekod kredit pasangan

- Semakan CCRIS dan CTOS membantu mengetahui rekod pembayaran serta komitmen kewangan bakal suami atau isteri.

2.  Kenali komitmen hutang

- Ketahui sama ada pasangan mempunyai pinjaman rumah, kenderaan, pinjaman peribadi atau komitmen kewangan lain.

3. Nilai disiplin membayar hutang

- Sikap seseorang dalam melunaskan hutang boleh memberi gambaran mengenai tahap tanggungjawab dan pengurusan kewangannya.

4. Berterus terang mengenai kewangan

- Pasangan perlu bersikap terbuka tentang pendapatan, hutang dan kemampuan kewangan supaya tidak timbul masalah selepas berkahwin.

5. Rancang kewangan rumah tangga

- Perbincangan awal mengenai nafkah, perbelanjaan bulanan dan simpanan penting bagi mengelakkan salah faham pada masa depan.

Artikel Lain